• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung bangunkan RAM jenis baharu untuk gantikan kepingan DIMM komputer anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:24 pm
  • 26/09/2023
  • Komen
Samsung bangunkan RAM jenis baharu untuk gantikan kepingan DIMM komputer anda
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mengumumkan yang mereka sedang bangunkan modul RAM generasi baharu bagi menggantikan modul DIMM dan SODIMM yang biasa kita gunakan pada komputer dan laptop. Modul yang sedang diuji Samsung ini digelar mereka sebagai Low Power Compression Attached Memory Module (LPCAMM) yang katanya menggabungkan manfaat RAM dalam bentuk DIMM/SODIMM dan RAM LPDDR.

LPCAMM didakwa mampu memberikan 50% lebih prestasi berbanding DIMM, 70% lebih cekap tenaga dan dalam pada masa yang sama 60% lebih kecil berbanding DIMM. Sekiranya perlukan RAM yang kecil, cekap tenaga, dan berprestasi tinggi, ia sudahpun dicapai dengan LPDDR iaitu RAM yang diguna pakai oleh telefon dan laptop yang memfokuskan pada mobiliti yang tinggi.



Di sinilah LPCAMM lebih baik daripada LPDDR. Solusi yang dicadangkan Samsung mengambil manfaat modul DIMM yang boleh ditanggalkan daripada soket. Gabungan manfaat DIMM dan LPDDR adalah apa yang ingin dicapai oleh LPAMM.

Pengkomersialan LPCAMM katanya akan dimulakan dalam tahun 2024. Walau bagaimanapun, kita masih belum tahu pengeluar papan utama manakah yang sanggup mencuba produk baharu Samsung ini. Buat pengeluar yang sanggup, mereka perlu membangunkan papan utama khas yang ada slot LPCAMM dan berdepan risiko produk tidak terjual.



Namun begitu, Samsung kini telah menjalinkan kerjasama rapat dengan Intel daripada segi percubaan modul RAM ini di platform Intel.

Sumber: Samsung

Tags: lpcammsamsung
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung bangunkan RAM jenis baharu untuk gantikan kepingan DIMM komputer anda

Samsung bangunkan RAM jenis baharu untuk gantikan kepingan DIMM komputer anda

26 September 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN