• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

  • OLEH Najib
  • 9:37 pm
  • 26/09/2023
  • Komen
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah mengadakan pelancaran siri Xiaomi 13T di Eropah. Ia menampilkan beberapa naik taraf besar, antaranya penambahan kamera Leica dan kekalisan air dan debu IP68. Ia juga dilengkapi dengan skrin yang lebih baik dari sebelumnya.

Sejurus pelancaran tersebut, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan tarikh jualan dan harga rasmi untuk siri Xiaomi 13T. Terdapat dua model di dalam siri ini iaitu Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro.



Harga Jualan Dan Ketersediaan

Kali ini, Xiaomi Malaysia membawakan varian penuh untuk siri Xiaomi 13T. Semua varian RAM dan storan boleh dibeli secara rasmi di Malaysia. Berikut adalah varian dan harga rasmi siri Xiaomi 13T

Xiaomi 13T
RAM 8GB + Storan 256GB – RM1,799
RAM 12GB + Storan 256GB – RM1,999



Xiaomi 13T Pro
RAM 12GB + Storan 256GB – RM2,499
RAM 12GB + Storan 512GB – RM2,699
RAM 16GB + Storan 1TB – RM3,499

Dengan ketibaan Xiaomi 13T Pro, ia menandakan buat pertama kali Xiaomi Malaysia menjual telefon pintar dengan storan sebesar 1TB.

Promosi Tempahan Awal

Dalam pengumuman ini, Xiaomi Malaysia menyatakan akan membuka tempahan awal untuk siri Xiaomi 13T yang baru dilancar. Pembeli dalam tempoh promosi ini akan menerima beberapa hadiah percuma.

Tempahan awal untuk Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro dibuka mulai hari Selasa, 26 September pukul 10 malam sehingga hari Jumaat, 6 Oktober 2023. Hadiah yang diberikan untuk tempahan awal adalah berbeza mengikut kedai iaitu:

  • Pembelian atas talian: PERCUMA Xiaomi Smart Band 8 + Kotak Hadiah Fotografi + penggantian kerosakan skrin (6 bulan) + Google One Drive 100GB (6 bulan) + jaminan lanjutan tahun kedua
  • Pembelian di kedai: PERCUMA Redmi Buds 4 Pro + Xiaomi Smat Band 8 + Kotak Hadiah Fotografi + penggantian kerosakan skrin (6 bulan) + Google One Drive 100GB (6 bulan) + jaminan lanjutan tahun kedua

Ia boleh ditempah di Stor Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta di pengedar sah Xiaomi dan kedai fizikal Xiaomi Store.

Spesifikasi Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro

Xiaomi 13T dikuasakan cip Mediatek Dimensity 8200 Ultra, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Ia dilengkapi kamera utama 50MP 24mm, kamera ultralebar 12MP 15mm dan kamera telefoto 50MP 50mm, dengan label Leica-Sumicron.

Skrinnya CrystalRes AMOLED 6.67-inci FHD+ 144Hz, dengan kecerahan puncak 2,600nits. Bateri pula 5,000mAh dan kuasa pengecas 67W. Ia juga kalis air dan debu IP68.

Xiaomi 13T Pro pula diperkasa cip Mediatek Dimensity 9200+, RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0. Kamera dan skrin yang sama digunakan pada model Pro, tetapi ia ditambah kemampuan merakam video 8K. Bateri juga 5,000mAh tetapi sokongan pengecas lebih pantas 120W.

Kedua-dua model datang dengan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13. Buat pertama kalinya, Xiaomi memberi jaminan kemaskini OS 4 kali dan kemaskini keselamatan 5 tahun untuk siri Xiaomi 13T.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, rujuk berita pelancaran Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68
  • Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun
  • Xiaomi jamin kemaskini OS 4 kali dan keselamatan 5 tahun, bermula dari siri Xiaomi 13T
Tags: leicamobilexiaomiXiaomi 13TXiaomi 13T Pro
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T & Xiaomi 13T Pro: Harga Malaysia kini lebih murah, ada storan 1TB dan jaminan 2 tahun

26 September 2023
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER