• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Speaker tablet mana lagi bagus: Realme Pad 2 vs Honor Pad X9?

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:57 am
  • 27/09/2023
  • Komen
Speaker tablet mana lagi bagus: Realme Pad 2 vs Honor Pad X9?
Share on FacebookShare on Twitter

Perang tablet mampu milik makin hangat selepas dua model yang dilancar iaitu Honor Pad X9 dan Realme Pad 2. Kedua-dua tablet ni memiliki sambungan 4G LTE. Antara perkara penting lain yang perlu diambil kira apabila mencari sebuah tablet adalah bahagian speaker.

Kedua-dua tablet Honor Pad X9 dan Realme Pad 2 sebenarnya ada speaker yang cukup bagus. Honor dimuatkan dengan 6 speaker di sekeliling tablet, manakala Realme pula ada 4 speaker. Tapi antara dua tablet tersebut, speaker mana satu lagi bagus?



Untuk mengujinya, ada tiga ujian yang saya akan lakukan. Pertama memainkan lagu, kedua menguji pengalaman tengok filem dan ketiga bermain game.

Ujian dengar lagu

Pertama sekali apabila mainkan lagu, Honor Pad X9 sebenarnya dapat hasilkan bunyi jauh lagi sedap. Ia ada bass yang lagi berdentum, serta audio yang dihasilkan terasa penuh.



Honor Pad X9

Segala instrumen dan vokal boleh dengar dengan jelas. Kalau Realme pula speaker dia masih hasilkan bunyi yang baik, tapi bunyi keseluruhan dia agak flat. Bass dia pun tidak berapa kuat. Jadi untuk lagu, Honor memang tapau habis Realme Pad 2.

Realme Pad 2

Ujian menonton filem

Untuk menonton filem, speaker Realme Pad 2 ini dapat berikan pengalaman yang seronok. Dialog boleh dengar dengan jelas, kalau ada bunyi letupan dan bunyi tembakan sekalipun ia mampu kawal dengan baik. Tetapi disebabkan bunyi dia flat, jika ada banyak bunyi serentak jadikan dialog macam tidak berapa jelas.

Honor Pad X9
Realme Pad 2

Jika nak dibandingkan dengan Honor Pad X9, speaker Honor lagi syok sebab bunyi dialog dan bunyi latar terasing dan dialog kedengaran sanagt jelas dan lantang. Tambah pula bass dia yang kuat, memang bagi pengalaman lebih imersif seolah berada di dalam filem. Namun, walaupun speaker Honor ada kualiti lagi sedap dan dimuatkan 6 speaker, speaker di Realme Pad 2 ada kelantangan yang lebih kuat.

Ujian main game

Bagaimana pula untuk main game? Kedua-duanya berikan pengalaman seronok yang lebih kurang sama. Kalau main Call of Duty Mobile di kedua-dua tablet ini, boleh dengar bunyi tembak datang dari kiri atau kanan. Jadi boleh tahu musuh tembak dari mana. Tapi disebababkan Honor Pad X9 ada kualiti speaker lebih bagus, pengalaman main game tu lagi seronok di Honor Pad X9.

Walau bagaimanapun, satu kelebihan yang ada pada Realme Pad 2 Ini, ia ada sokongan Dolby Atmos kalau digunakan bersama fon telinga wayarles. Jadi bunyi lagi sedap kalau nak gaming. Kenapa saya kata fon telinga wayarles adalah kerana Realme Pad 2 tidak memiliki jek audio 3.5mm. Sama seperti Honor Pad X9 juga.

Kesimpulan

Pada hemat saya, saya lebih suka speaker di Honor Pad X9 kerana ia ada kualiti bunyi yang jauh lagi baik, serta bassnya lebih kuat. Harga Honor Pad X9 pun lebih murah pada RM1,099 berbanding Realme Pad 2 yang berharga RM1,299. Jadi jika anda perlukan tablet dengan speaker yang bagus pada harga murah, saya memang galakkan anda untuk dapatkan Honor Pad X9.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kedua-dua tablet ini, anda boleh baca reviu penuh kami mengenari Honor Pad X9 di sini, dan juga Realme Pad 2 di sini.

Tags: honor pad x9Realme Pad 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Speaker tablet mana lagi bagus: Realme Pad 2 vs Honor Pad X9?

Speaker tablet mana lagi bagus: Realme Pad 2 vs Honor Pad X9?

27 September 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER