• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Smart Band 8, skrin lebih cerah dan boleh lekat di kasut

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:24 pm
  • 27/09/2023
  • Komen
Xiaomi Smart Band 8, skrin lebih cerah dan boleh lekat di kasut
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis pelancaran siri Xiaomi 13T memperlihatkan beberapa lagi produk lain yang turut dilperkenalkan. Ini termasuk gelang pintar generasi ke-8 iaitu Xiaomi Smart Band 8. Ia masih mengekalkan faktor bentuk yang sama seperti model terdaulu, tetapi didatangkan dalam pakej yang lebih elegan serta diberikan beberapa naik taraf.

Harga rasmi dan promosi awal

Gelang pintar Xiaomi Smart Band 8 tidak menyaksikan sebarang kenaikan harga dan sebaliknya kekal seperti Band 7 ketika pelancarannya. Harga rasminya adalah seperti berikut:



  • Xiaomi Smart Band 8 – RM199

Walau bagaimanapun, Xiaomi ada menawarkan harga pembelian awal dari 27 September hingga 22 Oktober. Ketika tempoh itu, Xiaomi memberikan potongan harga RM40 jadikan harganya cuma RM159.

Orang ramai yang berminat boleh dapatkannya bermula hari ini 27 September 2023, di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.



Spesifikasi Xiaomi Smart Band 8

Mengekalkan tradisi terdahulu, Xiaomi Smart Band 8 didatangkan dengan skrin sentuh AMOLED 1.62-inci berbentuk bujur dengan resolusi 192 x 490. Ia menyokong kecerahan puncak lagi tinggi pada 600 nits dan memiliki kadar penyegaran 60Hz. Komponen itu dilindungi oleh kaca Corning GG3.

Menariknya, Xiaomi Smart Band 8 ini didatangkan dengan pelbagai tali jam dari pelbagai pilihan yang bergaya seperti kulit, tali berkotak-kotak, dua tona dan tali keluli tahan karat yang boleh ditukar dengan mudah. Tetapi badannya tersedia dalam dua warna iaitu emas dan kelabu.

Xiaomi Smart Band 8 dilengkapi cipset Apollo Blue Lite yang dapat menawarkan penggunaan tenaga yang lebih efisien, serta baterinya mampu bertahan sehingga 16 hari dalam satu isian penuh. Ini dua hari lebih panjang dari model terdahulu. Pengecasan pula mengambil masa sekitar 1 jam untuk penuh menggunakan kabel magnetik yang disertakan.

Gelang pintar ini mempunyai sensor 6 paksi untuk menjejak aktiviti kecergasan, dan memliki lebih 150 mod kecergasan menggunakan sensor tersebut. Gelang ini juga dilengkapi fungsi ‘Pebble Mode’, yang mana mengubah badan jam kepada loket membolehkan larian dijejak dengan lebih tepat apabila dilekatkan pada kasut.

Seperti biasa, terdapat juga ciri pemantauan kesihatan SpO2, kadar degupan jantung, serta pemantauan tidur berterusan. Tahap kekalisan air yang disokong adalah 5ATM membolehkan pengguna untuk membawanya ketika berenang.

Sambungan yang disokong adalah jenis Bluetooth 5.1 dan gelang boleh disambungkan pada aplikasi Mi Fitness dan serasi digunakan untuk peranti menjalankan Android 6.0 ke atas atau iOS 12.0 ke atas.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman produk Xiaomi Smart Band 8 di sini.

Tags: xiaomixiaomi smart band 8
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi Smart Band 8, skrin lebih cerah dan boleh lekat di kasut

Xiaomi Smart Band 8, skrin lebih cerah dan boleh lekat di kasut

27 September 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN