• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung senaraikan Galaxy A05s pada RM799 dengan 4 tahun jaminan kemas kini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:20 pm
  • 02/10/2023
  • Komen
Samsung senaraikan Galaxy A05s pada RM799 dengan 4 tahun jaminan kemas kini
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dikesan mula menjual sebuah telefon baharu dalam kategori harga patut. Samsung Galaxy A05s boleh didapatkan pada harga RM799 secara dalam talian menerusi Lazada ataupun Shopee. Anda boleh pilih salah satu daripada tiga warna iaitu hitam, perak, dan hijau muda.

Antara kunci penarik telefon ini adalah pada jaminan kemas kini yang ditawarkan. Walaupun dalam kategori telefon kelas permulaan, Samsung memberi jaminan kemas kini sehingga 4 tahun lamanya.



Spesifikasi Samsung Galaxy A05s

Samsung Galaxy A05s adalah sebuah telefon bersaiz 6.7”. Ia memiliki panel paparan IPS beresolusi FHD+. Info kecerahan dan kadar segar semula tidak pula dikongsikan yang melambangkan ia tidaklah gempak.

Atas papan utama, telefon ini ditunjangi SoC Qualcomm Snapdragon 680 bersama-sama RAM 6GB dan storan 128GB. Pengguna boleh meluaskan storan melalui slot mikro-SD yang disediakan. Kad storan yang disokong adalah sehingga 1TB.



Kelengkapan pengimejan Galaxy A05s biasa-biasa sahaja. Ia ada kamera belakang 50MP dan dua lagi kamera 2MP, satu untuk makro dan satu lagi untuk depth. Konfigurasi ini biasa untuk banyak telefon harga patut pelbagai jenama. Selfie pula boleh diambil menggunakan kamera 13MP.

Samsung Galaxy A05s mengambil tenaga bateri daripada sistem bateri 5,000mAh. Ia dicas menggunakan blok pengecas Samsung Super Fast 25W. Lain-lain perkara menarik yang boleh anda ketahui adalah pengimbas cap jarinya terletak dibahagian sisi, disekalikan dengan butang kuasa manakala jek audio 3.5mm hadir untuk kemudahan anda.

Sumber: Samsung

Tags: androidsamsungsamsung galaxy a05stelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Samsung senaraikan Galaxy A05s pada RM799 dengan 4 tahun jaminan kemas kini

Samsung senaraikan Galaxy A05s pada RM799 dengan 4 tahun jaminan kemas kini

2 October 2023
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER