• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon lipat bawah RM3,000 murah? Tecno Phantom V Flip bakal dilancar di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:01 pm
  • 02/10/2023
  • Komen
Telefon lipat bawah RM3,000 murah? Tecno Phantom V Flip bakal dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tecno Malaysia tidak lama lagi bakal menghadirkan telefon pintar lipat terbaru mereka iaitu Tecno Phantom V Flip untuk pasaran tempatan. Perkara ini didedahkan oleh Tecno sendiri menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook mereka.

Berdasarkan hantaran yang dibuat, Tecno menyatakan Phantom V Flip akan didedahkan dalam masa 3 hari lagi. Ini bermakna pelancarannya akan berlangsung pada khamis, 5 Oktober 2023. Hantaran itu juga mendedahkan telefon ini diberi slogan ‘Foldability’, dan juga digandingkan dengan tema berwarna ungu.



Walau bagaimanapun, tidak banyak perkara yang didedahkan oleh Tecno menerusi hantaran ini. Tetapi ia jelas kelihatan terdapat logo Urban Republic pada poster, menunjukkan ada kerjasama antara mereka. Jadi adakah ini membayangkan Urban Republic akan mengadakan promosi khas sempena pelancarannya di Malaysia?

Untuk pengetahuan anda, maklumat terperinci tentang Phantom V Flip telah pun didedahkan untuk khalayak umum kerana ia secara rasminya telah dilancarkan di peringkat antarabangsa pada 22 September. Keberadaan dan rupa bentuknya telah didedahkan sejak seawal bulan Julai lagi.



Sebelum ini, Tecno telah melancarkan telefon lipat termurah di Malaysia iaitu Phantom V Fold. Kini dengan kehadiran Phantom V Flip, berkemungkinan besar ia akan menjadi telefon lipatan kerang yang termurah pula.

Spesifikasi Tecno Phantom V Flip

Tecno Phantom V Flip menampilkan bulatan besar pada bahagian luaran yang juga memuatkan modul kamera bersama panel skrin luaran berbentuk bulat. Panel tersebut berukuran 1.32 inci resolusi 466×466 menggunakan panel AMOLED 60Hz.

Bahagian skrin dalaman pula dipasangkan skrin AMOLED LTPO berukuran 6.9 inci dengan resolusi HD Penuh serta ada kadar penyegaran 120Hz. Ia ada kecerahan puncak sehingga 1,000 nits, dan kesemua komponen itu dilindungi kaca Schott UTG. Pengimbas cap jari terdapat di dalam skrin.

Telefon ini dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 8050 6nm yang bergerak pada kelajuan 3.0 GHz. Cip itu digandingkan dengan RAM LPDDR4X sebesar 8GB dan storan UFS 3.1 seluas 256GB. Terdapat juga teknologi RAM maya membenarkan perluasan RAM sehingga 8GB lagi. Tenaganya disalur oleh bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan SuperCharge 45W melalui USB-C.

Sistem pengimejan telefon ini dilengkapkan dua tetapan kamera dengan kamera utama 64MP f/1.7, bersama kamera ultra lebar 13MP. Selfie pula ditangkap menggunakan kamera hadapan 32MP yang ditempatkan ditengah-tengah skrin. Sistem operasi yang digunakan adalah HiOS 13.5 Flip berasaskan Android 13, serta ia menyokong sambungan WiFi 6, Bluetooth 5.1 dan NFC.

Ia tersedia dalam dua varian warna iaitu ungu dan hitam. Di India, ia dilancarkan pada harga IDR49,999 (~RM2,832), menjadikannya telefon lipatan kerang termurah setakat ini. Sebagai perbandingan, telefon Oppo Find N2 Flip di Malaysia dijual pada harga RM3,999 manakala Samsung Z Flip 5 berharga RM4,499.

Untuk maklumat lebih lanjut, nantikan pendedahan oleh Tecno nanti.

Tags: tecnoTecno Phantom V Flip
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Telefon lipat bawah RM3,000 murah? Tecno Phantom V Flip bakal dilancar di Malaysia

Telefon lipat bawah RM3,000 murah? Tecno Phantom V Flip bakal dilancar di Malaysia

2 October 2023
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER