• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Betul ke Go Shop tutup kedai? Ini yang anda perlu buat jika pernah membeli di Go Shop

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:38 pm
  • 04/10/2023
  • Komen
Betul ke Go Shop tutup kedai? Ini yang anda perlu buat jika pernah membeli di Go Shop
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pelanggan dan pembeli setia Go Shop sudah tentu berita ini akan mengecewakan anda. Namun itulah keputusan yang diambil Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro), selaku penyedia perkhidmatan televisyen berbayar terbesar tempatan.

Setelah bersiaran selama 9 tahun, Go Shop yang boleh ditonton menerusi siaran CH111, CH118 dan CH303 ini akan menamatkan operasi berkuat kuasa pada 11 Oktober 2023.



Mesti anda tertanya-tanya kenapa ya nak tutup operasi?

Umumnya keputusan yang ambil Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS) bersama rakan usaha sama dari Korea, GS Retail Co Ltd (GSR) adalah berikutan landskap ekonomi yang mencabar serta perubahan tingkah laku beli-belah pengguna secara keseluruhan.



Dengan penutupan operasi ini, Astro akan memfokuskan sumber kepada perniagaan-perniagaan lain yang menyumbang perbezaan terbesar kepada operasi keseluruhan.

📌 NOTICE 📌
Go Shop channels CH111, CH118 & CH303 will cease transmission on 12 Oct 2023 at 00:00 hours. You may continue to place orders till 11 Oct 2023 (11.59pm) via web & app.

For enquiries:
📞 03-95441188
✉ [email protected].

🙏 Thank Go Shoppers for 9 amazing years pic.twitter.com/HrppY5fgcL

— Go Shop Malaysia (@ShopatGoShop) October 3, 2023

Jadi buat anda, masih ada masa lagi untuk melakukan pembelian saat-saat akhir menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Store atau App Store mahupun laman web Go Shop sebelum penutupan operasinya pada 11 Oktober 2023. Pembelian cash on delivery (COD) juga masih terpakai sehingga tarikh tersebut.

Pun begitu, ganjaran Go Points tidak akan diberikan untuk pembelian yang dibuat dari 3 hingga 11 Oktober. Untuk Go Points yang masih ada, ia perlulah digunakan sebelum tarikh penutupan Go Shop. Manakala mata cashback yang tidak digunakan selepas 11 Oktober 2023 (jam 23.59) akan dibatalkan.

Untuk pemulangan produk, anda boleh terus menghubungi Go Shop dalam tempoh 10 hari dan sekiranya terdapat isu berkaitan produk dalam tempoh jaminan, anda perlulah terus menghubungi pengilang.

Sumber: Kosmo

Tags: astroAstro Go Shop
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Betul ke Go Shop tutup kedai? Ini yang anda perlu buat jika pernah membeli di Go Shop

Betul ke Go Shop tutup kedai? Ini yang anda perlu buat jika pernah membeli di Go Shop

4 October 2023
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN