• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Nak laptop dengan paparan besar? ASUS Vivobook 16 boleh dijadikan pilihan mampu milik

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:06 pm
  • 04/10/2023
  • Komen
Nak laptop dengan paparan besar? ASUS Vivobook 16 boleh dijadikan pilihan mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Inginkan laptop yang pantas dengan skrin paparan besar dengan bajet dibawah RM3,000? Laptop keluaran ASUS ini adalah jawapannya.

Kini dilancarkan di Malaysia, ASUS Vivobook 16 (M1605) menampilkan paparan berukuran 16 inci dengan nisbah aspek 16:10, untuk ruang skrin lebih besar sebanyak 10%.



Semua paparannya mendapat pengiktirafan TUV Rheinland bersama tahap cahaya biru yang rendah, sekali gus tidak menyakitkan mata pengguna.

Tahap prestasinya

Untuk spesifikasi dalaman, Vivobook 16 dilengkapi siri cipset AMD Ryzen 7 7730U terbaharu bagi membolehkan paparan visual dan prestasi lebih optimum, RAM shingga 16GB dan storan SSD sehingga 512GB.



Ia turut menawarkan pelbagai port seperti satu USB-C 3.2 Gen 1 dengan Power Delivery, dua port USB-A 3.2 Gen 1, satu port USB 2.0, satu port HDMI 1.4 dan bicu audio 3.5mm.

Antara ciri lain yang ditawarkan:

  • Papan kekunci ASUS ErgoSense bersaiz penuh dengan pad sentuh bersaiz mega
  • Perlindungan ASUS Antimicrobial Guard Plus pada kawasan sering disentuh seperti papan kekunci untuk mengurangkan penyebaran virus dan bakteria berbahaya
  • Sensor cap jari dalam pad sentuh dan Windows Hello – tiada lagi kata laluan

Besar namun tetap ringan

Walaupun menawarkan paparan 16-inci yang lebih luas dan besar, namun ia padat seperti laptop konvensional 15.6 inci dengan hanya seberat 1.8kg dan dapat dimuatkan dengan mudah ke dalam beg galas standard.

Bagi memastikan komputer riba sejuk dalam semua keadaan, Vivobook 16 turut dipasang sistem penyejukan kipas ASUS IceBlade dengan 87 bilah bersama dual-vent cooling untuk membolehkan pemindahan haba lebih cekap.

Selain dilengkapi bateri 42Wh, komputer riba ini didatangkan dengan teknologi ASUS WiFi Master dengan sambungan ultrapantas sehingga WiFi 6E untuk membolehkan sambungan internet yang lebih pantas dan stabil.

Video dan suara lebih jelas

Buat anda yang kerap mengadakan persidangan video, Vivobook 16 adalah pilihan sesuai kerana ia memberi paparan video dan suara lebih lancar. 

Kamera web HD bersama teknologi pemprosesan video ASUS 3DNR (Noise Reduction) menjadikan suapan video lebih jelas bersama perisai kamera web fizikal untuk lebih privasi.

Teknologi pembatal hingar ASUS AI dapat mengasingkan bunyi yang tidak diingini semasa sidang berlangsung. Ia membantu menapis bunyi ambien untuk kualiti panggilan video optimum. Malah skrinnya juga boleh dibuka rata sehingga 180° pada engsel komputer.

Harga yang ditawarkan

Komputer riba Vivobook 16 yang dibangunkan dengan menggunakan 30% plastik kitar semula (PCR) boleh didapati dalam dua varian:

  • Ryzen 5 7530U + 8GB dengan harga bermula RM2,599
  • Ryzen 7 7730U + 16GB  dengan harga bermula RM2,999

Setiap pembelian ASUS Vivobook 16 dilengkapi dengan Waranti Global 2 tahun dengan Waranti Sempurna Tahun Pertama 

Kedua-dua varian ini tersedia dalam pilihan warna Indie Black dan Cool Silver di semua penjual sah ASUS seperti Lazada dan Shopee serta e-stor rasmi ASUS.

Tags: asusVivobook 16
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Nak laptop dengan paparan besar? ASUS Vivobook 16 boleh dijadikan pilihan mampu milik

Nak laptop dengan paparan besar? ASUS Vivobook 16 boleh dijadikan pilihan mampu milik

4 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER