• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Seluruh penduduk A.S akan terima mesej kecemasan pada 4 Oktober 2023. Apa kandungannya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:22 am
  • 04/10/2023
  • Komen
Seluruh penduduk A.S akan terima mesej kecemasan pada 4 Oktober 2023. Apa kandungannya?
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak berkuasa pengurusan hal-hal bencana di A.S (FEMA) dengan kerjasama Federal Communications Commision (FCC) mengumumkan akan lakukan ujian terhadap Emergency Alert System (EAD) dan WIreless Emergency Alerts (WEA) pada 4 Oktober 2023 sekitar jam 2:20 petang ET. Ketika itu, semua peranti elektronik yang mampu menerima isyarat WEA dan berada di dalam negara A.S akan menerima tetingkap pop-pup yang mengandungi mesej:

“THIS IS A TEST of the National Wireless Emergency Alert System. No action is needed.”



Ini adalah ujian kali ketujuh EAD dan kali kedua WEA yang katanya bertujuan untuk memastikan kesiapsiagaan pihak-pihak berkuasa pengurusan bencana sentiasa optimum.

Isyarat WEA yang dihantar pihak berkuasa A.S ini menggunakan protokol piawai yang dikenali sebagai Common Alerting Protocol. Ia telahpun diguna pakai secara menyeluruh dalam peranti telekomunikasi sejak tahun 2007.



Jadi, sebahagian besar telefon dan tablet dengan fungsi selular boleh menerima WEA dan ia tidaklah seperti anda menerima SMS, sebaliknya pop-up terus ke permukaan skrin beserta bunyi dan gegaran unik supaya perhatian boleh diberikan secara langsung.

Kerajaan Malaysia pun boleh gunakan kaedah yang sama untuk menyalurkan amaran bencana sekiranya mahu. Cumanya, Malaysia masih gunakan kaedah SMS yang dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mengedarkan info bencana banjir dalam tahun 2019 tempoh hari.

Masalah dalam menghantar SMS untuk salurkan info adalah ia masih bergantung kepada tetapan telefon seseorang. Contohnya, kalau telefon berada dalam mode Silent atau kad SIM tamat tempoh, info mungkin tidak sampai kepada individu tersebut.

Sumber: FEMA

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Seluruh penduduk A.S akan terima mesej kecemasan pada 4 Oktober 2023. Apa kandungannya?

Seluruh penduduk A.S akan terima mesej kecemasan pada 4 Oktober 2023. Apa kandungannya?

4 October 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER