• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 8 Pro miliki lebih banyak magic AI di kamera, storan hingga 1TB tetapi masih bukan milik kita

  • OLEH Najib
  • 5:28 pm
  • 05/10/2023
  • Komen
Google Pixel 8 Pro miliki lebih banyak magic AI di kamera, storan hingga 1TB tetapi masih bukan milik kita
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat telefon pintar Android sejati pasti mengenali tentang telefon pintar yang dihasilkan sendiri oleh Google. Selepas sekian lama memberi petunjuk, kini model terbaru Google Pixel 8 telah dilancarkan.

Sama seperti sebelumnya, terdapat dua model diperkenal dalam siri ini. Model asas ialah Google Pixel 8 dan model lebih hebat dikenali sebagai Google Pixel 8 Pro. Dalam siri terbaru ini, peranti ini datang dengan skrin dipertingkat, fungsi AI lebih berkuasa dan kamera antara yang terbaik di telefon pintar.



Pemproses AI lebih berkuasa

Dengan siri Pixel 8 terbaru, Google mengemaskini pemproses khas mereka kepada Google Tensor G3. Ia dihasilkan dengan bantuan Samsung untuk digunakan di dalam kedua-dua model Pixel 8.

Bagi model Pro, RAM jenis LPDDR5X digunakan dan boleh didapati sehingga 12GB. Manakala storan masih kekal jenis UFS 3.1 sehingga 1TB. Beberapa negara hanya akan menerima storan 512GB, manakala ada negara langsung tiada pilihan storan seperti di Malaysia.



Kuasa pemproses baru Tensor G3 ini tidaklah sehebat cip Apple A17 Pro di dalam iPhone 15 Pro, tetapi ia boleh mengaktifkan pelbagai fungsi AI dengan lancar, antaranya untuk kegunaan fotografi, video, Google Assistant, pengecaman suara, penterjemahan laman web, menjawab panggilan mahu pun membaiki kesilapan menaip (typo) dan tatabahasa dengan lebih pantas.

Google juga telah memberikan nama khas untuk paparan. Di Pixel 8 Pro, ia menggunakan skrin Super Actua OLED rata berukuran 6.7-inci, tidak lagi skrin melengkung. Ia ada resolusi 2,992×1344, kadar penyegaran adaptif dari 1-120Hz dan kecerahan setinggi 2,400nits. Kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 melapisi bahagian depan dan belakang telefon.

Sistem Operasi tahan 7 tahun

Ketibaan Pixel 8 Pro menandakan tibanya sistem operasi terbaru Android. Ia adalah telefon pintar pertama datang bersama Android 14 terkini. Bersama OS ini adalah kedatangan beberapa fungsi baru, antaranya dengan sokongan pemprosesan AI.

Tetapi apa yang lebih menarik adalah jaminan kemaskini yang diumum Google untuk siri Pixel 8. Mengatasi apa yang dijanjikan Samsung, Pixel 8 dan Pxiel 8 Pro dijamin akan menerima kemaskini OS selama 7 tahun serta kemaskini keselamatan sepanjang 7 tahun. Bermakna, ia boleh dikemaskini sehingga Android 21. Satu lagi kemaskini yang disebut adalah Feature Drop, juga dijamin selama 7 tahun.

Kamera terbaik telefon pintar

Ramai pengguna sangat meminati kamera di telefon Google. Katanya ia antara yang terbaik walaupun tidak memiliki perkakas kamera terhebat. Untuk Pixel 8 Pro, ia dilengkapi tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP F1.68, kamera ultralebar 48MP F1.95 dan kamera telefoto 48MP F2.8 dengan keupayaan zum optikal 5x. Google juga menambah sensor pengesan suhu di sebelah modul kamera belakang. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 10.5MP yang terletak di dalam lubang kecil di atas skrin.

Pengguna akan disajikan dengan pelbagai fungsi hebat yang dikuasakan AI untuk kamera di Pixel 8 Pro. Antaranya Magic Editor yang boleh memperbaiki gambar selepas ditangkap, serta Best Take yang menggabungkan beberapa tangkapan untuk menghasilkan gambar terbaik. Audio Magic Eraser pula mampu membuang bunyi hingar semasa menangkap video. Google juga telah menaik taraf fungsi Magic Eraser dan Zoom Enhance untuk Pixel 8 Pro.

Tenaga di Pixel 8 Pro disalurkan daripada bateri 5,050mAh dengan penggunaan melebihi 24-jam, menurut Google. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar 30W dan wayarles 25W menggunakan Google Pixel Stand, atau sehingga 12 menggunakan pengecas Qi yang lain.

Selain itu, Pixel 8 Pro hadir dengan speaker stereo, pengimbas capjari dalam skrin, serta diiktiraf kalis air dan debu IP68. Ia juga menyokong 5G, NFC, WiFi 7 dan Bluetooth 5.3.

Terdapat tiga pilihan warna disediakan untuk Pixel 8 Pro, antara biru, hitam dan kuning.

Harga dan ketersediaan

Sehingga kini, Google belum pernah lagi menjual telefon pintar Pixel secara rasmi di Malaysia. Negara hampir ia boleh dibeli secara rasmi adalah di Singapura.

Harga rasmi untuk Pixel 8 Pro bermula dari USD999 di Amerika Syarikat atau SGD 1,549 (~RM5,339) di Singapura. Ia sedikit lebih mahal berbanding harga pelancaran Pixel 7 Pro, iaitu dari USD899.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai telefon ini di laman produk Google Pixel 8 Pro.

Tags: Googlegoogle pixel 8Google Pixel 8 proPixel 8Pixel 8 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Google Pixel 8 Pro miliki lebih banyak magic AI di kamera, storan hingga 1TB tetapi masih bukan milik kita

Google Pixel 8 Pro miliki lebih banyak magic AI di kamera, storan hingga 1TB tetapi masih bukan milik kita

5 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER