• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Watch GT 4, jam pintar canggih tapi lebih bergaya dengan harga berbaloi, hayat bateri 14-hari

  • OLEH Najib
  • 10:32 pm
  • 05/10/2023
  • Komen
Huawei Watch GT 4 tiba dalam 2 saiz, mahu jadi aksesori fesyen dengan rupa berbeza daripada biasa
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia hari ini mendedahkan harga rasmi untuk jam pintar terbaru, siri Huawei Watch GT 4. Huawei turut mengumumkan tawaran yang disediakan khas untuk pembeli terawal.

Tambah menarik apabila Huawei mengekalkan harga yang tidak jauh berbeza dengan siri Watch GT 3 dahulu. Dengan rupa lebih bergaya, siri Watch GT 4 diperkenal dalam dua saiz muka jam dan beberapa pilihan tali jam.



Harga dan Promosi Tempahan Awal

Mereka yang berminat memiliki jam pintar terbaru ini boleh membuat tempahan awal sekarang. Huawei menyediakan hadiah bernilai RM580 untuk pembeli Watch GT 4, dari 5 hingga 13 Oktober 2023. Hadiah tersebut adalah:

  • Fon putik Huawei FreeBuds SE 2
  • Tali jam Huawei EasyFit Fluoroelastometer
  • Jaminan tambahan tahun ke-2
  • Perlindungan skrin 3-bulan
  • Muka jam edisi terhad

Hadiah ini boleh didapati sepanjang tempoh promosi, di Kedai Jenama Huawei, Senheng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman. Serta terdapat di atas talian di Stor Online Huawei Malaysia, Lazada dan Shopee.



Harga rasmi siri Huawei Watch GT 4 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Watch GT 4 46mm Black – RM1,099
  • Watch GT 4 46mm Brown – RM1,199
  • Watch GT 4 46mm Green – RM1,199
  • Watch GT 4 46mm Grey – RM1,699
  • Watch GT 4 41mm Black – RM1,099
  • Watch GT 4 41mm White – RM1,199
  • Watch GT 4 41mm Silver – RM1,699

Reka bentuk jam lebih bergaya

Huawei mahu menampilkan jam Watch GT 4 sebagai aksesori fesyen, bukan setakat jam pintar dengan fungsi moden. Bagi Huawei Watch GT 4 46mm, ia dikenakan badan jam berbentuk lapan segi atau oktagon yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Skrin AMOLED padanya berukuran 1.43-inci dengan resolusi 466×466, memberi kepadatan piksel 326.

Hayat bateri pula sehingga 14-hari mod jimat tenaga, atau sehingga 8-hari penggunaan biasa. Manakala dengan paparan sentiasa hidup (Always On Display), ia mampu bertahan sehingga 4 hari. Jam ini boleh dicas wayarles, secara Qi ataupun pengecas magnetik yang disertakan.

Terdapat empat jenis tali jam disediakan untuk model 46mm, iaitu tali besi kelabu, tali kain hijau, tali kulit coklat dan tali getah hitam. Ia menggunakan tali standard yang mudah ditukar ganti.

Untuk Huawei Watch GT4 41mm yang lebih kecil, ia memiliki badan bulat yang berbentuk seperti loket. Skrin AMOLED lebih kecil, hanya 1.32-inci tetapi resolusi serupa 466×466, memberikan kepadatan piksel lebih tinggi, 352 PPI.

Huawei Watch GT 4 41mm dan 46mm

Dengan badan kecil, hayat bateri juga lebih pendek iaitu separuh daripada 46mm. Ia mampu bertahan sehingga 7-hari maksima, 4-hari penggunaan biasa atau 2-hari dengan paparan sentiasa hidup. Cara mengecas serupa, iaitu wayarles atau magnetik. Bagi model 41mm, ada empat jenis tali jam boleh dipilih antara tali besi perak, tali besi emas, tali kulit putih dan tali getah hitam.

Memantau aktiviti kecergasan dan kesihatan

Jam pintar masakini penuh dengan fungsi untuk kecergasan dan kesihatan. Bagi Huawei Watch GT 4, ia kini dilengkapi sistem Huawei TruSeen 5.5 yang menjejak kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, waktu tidur dan tekanan mental pengguna.

Sistem TruSleep 3.0 memantau tidur pengguna untuk memberi laporan kualiti tidur. Pengguna wanita pula boleh menjangkakan waktu haid dan kesuburan melalui data terkumpul dan algoritma yang terdapat di dalam jam.

Aktiviti kecergasan pula boleh dijejak menerusi pilihan lebih 100 mod aktiviti, termasuk berjalan, berlari, berbasikal dan berenang dengan keupayaan kalis air 5 ATM. Huawei turut menyediakan paparan Activity Rings 2.0 untuk pengguna mencapai sasaran kecergasan harian. Pengguna boleh juga memanfaatkan fungsi GPS dan navigasi terbina di dalam.

Fungsi pintar di tangan

Selain memantau aktiviti kecergasan, jam Huawei Watch GT 4 boleh menjadi peralatan sambungan telefon pintar. Antaranya dengan pemain muzik terbina yang boleh menyimpan lagu untuk dimainkan, tanpa bersambung ke peranti. Terdapat juga kalendar untuk membantu jadual kerja dan kehidupan pengguna.

Pengguna Huawei Watch GT 4 juga boleh menjawab panggilan dan bercakap terus di jam, tanpa mengeluarkan telefon. Di samping itu, ia juga menyediakan fungsi membalas mesej dengan mudah dari muka jam.

Lebih mudah lagi, jam Huwaei Watch GT 4 serasi digunakan bersama peranti Android atau iOS. Tidak perlu risau untuk bertukar-tukar telefon dengan jam yang sama. Hanya pasang aplikasi Huawei Health untuk memastikan semua data tersimpan dan boleh diakses bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Watch GT 4. Anda juga boleh menonton reviu kami tentang Huawei Watch GT 4 46mm hijau menerusi video di bawah.

Tags: HuaweiHuawei Watch GT 4
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Watch GT 4 tiba dalam 2 saiz, mahu jadi aksesori fesyen dengan rupa berbeza daripada biasa

Huawei Watch GT 4, jam pintar canggih tapi lebih bergaya dengan harga berbaloi, hayat bateri 14-hari

5 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER