• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabra PanaCast 50, solusi persidangan video tanpa PC, serasi dengan Microsoft Teams dan Zoom Room

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:11 pm
  • 05/10/2023
  • Komen
Jabra PanaCast 50, solusi persidangan video tanpa PC, serasi dengan Microsoft Teams dan Zoom Room
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar produk audio terkenal, Jabra, hari ini secara rasmi mengumumkan kedatangan Sistem Bar Video PanaCast 50 terbaru mereka untuk pasaran Malaysia. Berada di dalam siri Panacast, Sistem Bar Video PanaCast 50 ini adalah penyelesaian bagi pekerja dan perniagaan yang memerlukan kelengkapan persidangan video.

Dari luar, ia kelihatan serupa seperti Panacast 50 yang diperkenal terdahulu. Tetapi yang barunya pada sistem Bar Video Panacast 50 ini, ia berfungsi secara sendiri kerana dilengkapi sistem operasi dan cip tersendiri untuk menggerakkannya, tidak perlu digandingkan bersama peranti lain.



Harga rasminya di Malaysia

Khusus untuk golongan pekerja atau perniagaan yang berminat, Sistem Bar Video Jabra PanaCast 50 sudah tersedia untuk didapatkan di Malaysia sekarang. Harga jualannya untuk pasaran tempatan adalah seperti berikut:

  • Sistem Bar Video PanaCast 50 – RM26,070

Jika anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut atau ingin mendapatkan Sistem Bar Video PanaCast 50 ini, anda boleh layari laman web rasmi Jabra di sini untuk berhubung dengan pihak Jabra.



Spesifikasi Jabra PanaCast 50

Sistem Bar Video Jabra PanaCast 50 adalah kelengkapan persidangan video semua-dalam-satu merangkumi pembesar suara berbentuk bar, mikrofon, kamera video, unit komputer berasaskan Android bersama SoC yang menguasakannya. Ia datang bersama paparan sentuh berukuran 10.1 inci untuk kawalan atau tetapan persidangan video.

Penggunaan Sistem Bar Video Jabra PanaCast 50 ini serasi bersama aplikasi persidangan Microsoft Teams dan Zoom. Bagi merakam video, ia hadir dengan kamera dengan pandangan sudut 180-darjah bolehkan ia menangkap semua peserta dalam bilik, melalui kamera berbilang 13MP Panoramic-4K yang dilengkapinya.

Menariknya, ia dilengkapi fungsi Intelligent Zoom berasaskan AI bagi memastikan semua ahli diposisi secara optimal dalam bingkai. Terdapat juga fungsi Visual Director untuk menjejak dan zum kepada ahli yang sedang bercakap, dan berubah kepada ahli lain dengan lancar. Setiap ahli juga boleh dipaparkan dalam satu bingkai menggunakan ciri Dynamic Composition.

Memacu sistem bunyi adalah dari 4 pembesar suara berkuasa yang mampu menghasilkan bunyi tanpa getaran. Ia juga dimuatkan dengan 8 mikrofon ‘beamforming’ dengan teknologi pengesanan suara dan algoritma pintar untuk menghilangkan bunyi bergema dan bunyi statik dalam bilik mesyuarat.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman web rasmi Jabra di sini.

Tags: JabraPanaCast 50 Video Bar System
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Jabra PanaCast 50, solusi persidangan video tanpa PC, serasi dengan Microsoft Teams dan Zoom Room

Jabra PanaCast 50, solusi persidangan video tanpa PC, serasi dengan Microsoft Teams dan Zoom Room

5 October 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN