• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Naik taraf percuma Unifi kena kontrak baru? Ini jawapan TM

  • OLEH Najib
  • 9:38 am
  • 05/10/2023
  • Komen
Naik taraf percuma Unifi kena kontrak baru? Ini jawapan TM
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping mengumumkan penyelarasan harga baru pelan jalur lebar tetap Unifi, TM juga mengumumkan naik taraf percuma untuk pengguna Unifi sedia ada. Contohnya, bagi pengguna 30Mbps akan dinaik taraf ke 100Mbps, pelanggan 300Mbps pula akan diberi pelan 500Mbps. Naik taraf ini akan diberikan secara automatik tanpa perubahan harga dalam bil bulanan. TM mensasarkan untuk menyelesaikan semua naik taraf ini dalam tempoh 3 bulan.

Sehubungan itu, timbul beberapa persoalan pengguna di media sosial mengenai kontrak tersembunyi jika menerima naik taraf percuma ini. Bagaimana jika ada pilihan lain yang lebih murah ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan lain. Maka, ini adalah perkara yang anda perlu tahu.



Tiada pembaharuan kontrak Unifi untuk naik taraf percuma kecuali…

Dalam pertemuan bersama media tentang penyelarasan harga baru pelan Unifi, TM mengumumkan bahawa semua pelanggan Unifi yang layak akan dinaik taraf secara automatik ke satu tahap pelan lebih tinggi tanpa kos tambahan. Turut dijelaskan, tiada keperluan untuk kontrak baru perkhidmatan dikenakan.

Naik taraf percuma ini diberikan untuk pengguna di rumah dan perniagaan, kecuali untuk pelan tertinggi 2Gbps dan Pakej Perpaduan Rahmah 30Mbps berharga RM69/bulan.



Seperti yang terdapat di dalam T&S di atas, pelanggan layak menerima pakej internet berkelajuan lebih tinggi sambil mengekalkan komitmen bulanan yang serupa, asalkan pelanggan mengekalkan langganan pakej tersebut. Turut dinyatakan dengan jelas, tiada pembaharuan kontrak dan pelanggan juga kekal dengan kontrak sedia ada sebelum aktiviti naik taraf. Jika anda pengguna sedia ada Unifi, anda masih perlu membayar penalti jika menamatkan kontrak sebelum ia tamat.

Untuk sebarang nilai tambah (Value Added Services, VAS) dalam pelan Unifi, dimaklumkan bahawa ia akan kekal dan dibawa bersama ke naik taraf kelajuan. VAS ini tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada.

Satu lagi perkara penting, naik taraf ini hanyalah pada pelan dan kelajuan internet. Jika anda perlukan perkakas baru seperti penghala WiFi 6, maka ada pembaharuan kontrak dikenakan. Jika anda tidak mahu kontrak baru, maka anda boleh mmebayar terus harga WiFi atau membeli sendiri penghala WiFi 6 di kedai.

FAQ juga ada menyebut, aktiviti naik taraf akan mengambil tempat bermula Oktober 2023 sehingga Julai 2024. Pengguna akan menerima notifikasi apabila pelan selesai dinaik taraf.

Apa jadi kalau turun taraf pelan Unifi?

Jika anda sudah selesa dengan pelan sebelum ini dan lebih berminat untuk membayar lebih murah, anda boleh bertukar ke pelan lebih murah tanpa sebarang penalti jika tidak lagi terikat dengan kontrak. Tetapi dijelaskan juga, sebarang perubahan pelan yang berjaya, tidak kira pakej Unifi Home atau Unifi Business, akan tertakluk kepada kontrak baharu 24-bulan serta syarat dan terma berkaitan pakej baharu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman Unifi Free Speed Upgrade.

Tags: TMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Naik taraf percuma Unifi kena kontrak baru? Ini jawapan TM

Naik taraf percuma Unifi kena kontrak baru? Ini jawapan TM

5 October 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER