• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pixel Watch 2: Templat lama dengan dalaman baharu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:29 am
  • 05/10/2023
  • Komen
Pixel Watch 2: Templat lama dengan dalaman baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara Made By Google 2023, gergasi Internet itu melancarkan beberapa produk iaitu:

  • Google Pixel 8
  • Google Pixel 8 Pro
  • Google Pixel Watch 2
  • Google Pixel Buds Pro warna baharu
https://www.youtube.com/watch?v=rtESARyV15g

Pixel 8 dan 8 Pro tampil dengan cip pemproses baharu Tensor G3 dan pengeluarnya menjanjikan kemas kini perision 7 tahun lamanya disamping naik taraf biasa melangkaui generasi seperti sistem kamera yang ditambah baik. Pixel Watch 2 pula tampilkan pembaharuan pada prestasi, ciri keselamatan baharu dan sensor baharu untuk penjejakan aktiviti dengan lebih jitu. Akhir sekali, Pixel Buds Pro kini lebih sarat dengan teknologi Google AI dan ia kini ada warna baharu.



Spesifikasi Google Pixel Watch 2

Google Pixel Watch 2 mengekalkan fizikaliti seperti yang sebelumnya. Ia tampil dengan muka jam membulat bersaiz sama tapi badannya kini lebih ringan (36g vs 31g). Kemudian, bagi menyambut seruan memulihara alam sekitar, badan jam kini diperbuat daripada 100% materi kitar semula. Tali jam daripada Pixel Watch yang asal boleh disaling guna dengan Pixel Watch 2.

Atas papan utama, Pixel Watch 2 diperkasa cip pemproses baharu, Qualcomm SW5100 bersama-sama dengan pemproses sekunder M33 kalau maklumat ini penting buat anda. Cip pemproses yang lebih berkuasa bermakna lebih banyak perkara boleh ditanganinya.



Bagi tujuan tersebut, Google memasukkan tiga sensor baharu. Sensor pertama adalah pengimbas nadi serba baharu yang katanya 40% lebih jitu. Kemudian, ada juga sensor Body Response, teknologi daripada Fitbit yang membaca aktiviti elektrik di permukaan kulit untuk mengesan tanda-tanda tekanan dan akhir sekali adalah sensor suhu permukaan kulit yang menyumbang kepada penjejakan kualiti tidur yang lebih baik.

Sensor-sensor daripada generasi terdahulu yanng dikekalkan adalah seperti:

  • Kompass
  • Altimeter
  • SpO2
  • ECG
  • Akselerometer
  • Giroskop
  • Barometer
  • Magnetometer
  • Cahaya keliling
  • Satelit penjejak (GPS, GLONASS, BeiDou, Galileo, Quasi-Zenith)

Sejurus keluar kotak, Pixel Watch 2 menjalankan sistem operasi Wear OS 4. Dengan segala ciri baharu, Pixel Watch 2 masih mampu memberikan hayat bateri 24 jam walaupun dengan fungsi paparan always-on terpasang. Sistem pengecasan juga ditambah baik, 50% bateri boleh diisi dengan 30 minit pengecasan.

Google Pixel Watch 2 dibuka tempahannya dalam pasaran terpilih. Harganya di A.S adalah USD349 (~RM1,648) untuk varian Bluetooth/Wi-Fi manakala USD399 (~RM1,884) untuk varian selular 4G LTE.

Sumber: Google

Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel watch 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Pixel Watch 2: Templat lama dengan dalaman baharu

Pixel Watch 2: Templat lama dengan dalaman baharu

5 October 2023
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER