• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic Cyberbuds DAO, fon putik gaming wayarles dengan rekaan futuristik dan lampu RGB hanya RM1,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:34 pm
  • 06/10/2023
  • Komen
RedMagic Cyberbuds DAO, fon putik gaming wayarles dengan rekaan futuristik dan lampu RGB hanya RM1,499
Share on FacebookShare on Twitter

RedMagic antara jenama yang terkenal dengan keluaran telefon gaming mereka. Tetapi kini, mereka telah meluaskan lagi penawaran produk mereka dalam segmen aksesori pula dengan memperkenalkan RedMagic Cyberbuds DAO, yang kini telah dilancar secara rasmi di Malaysia. Ia adalah fon putik dengan rekaan futuristik dan tampil dengan kesan lampu RGB.

Harga dan ketersediaan

Kepada gamer tegar yang berminat, RedMagic Cyberbuds ini sudah tersedia dijual di Malaysia, dengan tanda harga yang sudah tentu premium. Harga rasminya adalah seperti berikut:



  • RedMagic Cyberbuds DAO TWS – RM1,499

Fon putik ini boleh didapati hanya di stor rasmi RedMagic di Lazada. Ketika artikel ini ditulis, anda juga boleh dapat pada harga diskaun RM150 dan lebih murah lagi ketika promosi 10.10 pada 10 Oktober 2023, pada harga RM1,199 sahaja.

Spesifikasi RedMagic Cyberbuds DAO

RedMagic Cyberbuds DAO hadir dalam pakej lutsinar dan dilengkapi dengan lampu RGB. Audio fon putik dipacu oleh pemandu graphene linear 11mm menawarkan bunyi berkualiti, dan ia mempunyai fungsi penyaring hingar aktif (ANC) adaptif 48dB yang boleh dilaras mengikut kesukaan pengguna.



Ia dikuasakan cip Qualcomm S5 dwi teras menggunakan Bluetooth 5.3, yang turut dibantu oleh cip dongle Qualcomm S3. Ini membolehkan ia untuk menawarkan audio kependaman rendah sehingga 28ms dalam mod gaming menggunakan sambungan dongle khas, dan juga boleh pergi serendah 39ms dalam sambungan Bluetooth biasa.

Di samping itu, terdapat 3 mikrofon cVc pada fon putik dengan teknologi pengurangan hingar yang mampu menjelaskan suara pemakai, di samping mengurangkan bunyi hingar di latar. Setiap fon putik ada bateri 35mAh berikan masa penggunaan sehingga 7 jam, yang mengambil masa 50 minit untuk mengecas penuh menggunakan bekas berkapasiti 350mAh.

Pakej fon putik ini datang bukan sahaja bersama sepasang fon putik dan bekas, malah ada platform pengecas wayarles, kerana bekas sokong pengecasan wayarles. Menariknya, pada bekas terdapat tombol fizikal untuk kawalan kelantangan. Fon putik boleh dikawal secara sentuh, dan ia menyokong sejumlah codec audio seperti AAC, SBC, LE Audio, LHDC 5.0 dan aptX audio.

Bunyi audio atau EQ RedMagic Cyberbuds DAO boleh diubah suai jika dipasang kepada aplikasi Goper yang tersedia di App Store (akan datang) dan Google Play Store, yang turut membenarkan pengguna untuk mengawal warna lampu RGB pada fon putik dan bekas.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, anda boleh layari laman produk RedMagic Cyberbuds DAO di sini.

Tags: RedMagicRedMagic Cyberbuds DAO
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
RedMagic Cyberbuds DAO, fon putik gaming wayarles dengan rekaan futuristik dan lampu RGB hanya RM1,499

RedMagic Cyberbuds DAO, fon putik gaming wayarles dengan rekaan futuristik dan lampu RGB hanya RM1,499

6 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER