• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan storan Galaxy S23 FE diganda percuma dan diskaun RM500 dengan cara ini

  • OLEH Najib
  • 1:59 pm
  • 09/10/2023
  • Komen
Dapatkan storan Galaxy S23 FE diganda percuma dan diskaun RM500 dengan cara ini
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah melancarkan barisan produk terbaru Fan Edition (FE) di Malaysia dan salah satu darinya adalah telefon pintar Galaxy S23 FE. Ia akan mula dijual di Malaysia pada 10 Oktober 2023 dan kini Samsung mengumumkan tawaran istimewa untuk pembeli terawal.

Tetapi ada cara untuk mendapatkan tawaran lebih baik.



Storan diganda dan cara menyertai #GalaxyTroop

Samsung Galaxy S23 FE akan dijual di Malaysia dalam dua varian iaitu:

  • Galaxy S23 FE (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,999
  • Galaxy S23 FE (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,299

Dari 10 Oktober hingga 30 November 2023, pembeli boleh mendapat storan diganda, apabila Samsung memberi diskaun RM300 untuk model Galaxy S23 FE 256GB. Jadi hanya bayar RM2,999 untuk storan 256GB.



Selain itu, pembeli juga boleh mendaftarkan diri sebagai ahli #GalaxyTroop untuk menerima promosi potongan harga RM500. Pengguna peranti Samsung Galaxy dan ahli Samsung Members, akan menerima emel untuk mendaftar sebagai #GalaxyTroop.

Ahli juga boleh menebus baucar ‘Finally Monday Epic Rewards’ setiap Isnin dari sekarang sehingga 6 November 2023. Ia menawarkan pelbagai promosi dari hiburan sehingga makan dan minuman. Semak emel setiap hari Isnin untuk memuat turun baucar terhad ini.

Untuk pengguna yang mahu menukar tebus peranti lama untuk membeli Galaxy S23 FE, rebat sehingga RM350 turut disediakan. Samsung juga menawarkan diskaun sehingga 30% untuk pembelian jaminan lanjutan Samsung Care+, dan peranti terpilih seperti tablet, fon putik dan aksesori.

Spesifikasi Samsung Galaxy S23 FE

Samsung menyatakan, Galaxy S23 FE dikuasakan cip 8-teras dengan kelajuan sehingga 2.8GHz. Memandangkan ia tidak dijelaskan secara rasmi, kami mengandaikan ia bukanlah cip keluaran Qualcomm. Berkemungkinkan besar ia adalah cip Exynos 2200. RAM dimuatkan sebesar 8GB dan storan di antara 128GB atau 256GB.

Saiz skrin nampaknya dikekalkan iaitu 6.4-inci, berbeza dengan Galaxy S23 (6.1-inci) dan Galaxy S23+ (6.7-inci). Ia dari jenis Dynamic AMOLED 2X iaitu resolusi HD Penuh (2340×1080) dan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Kecerahannya boleh mencapai 1,450 nits, sedikit rendah berbanding Galaxy S23 pada 1,750 nits. Ia berlubang kecil di atas dahi untuk memuatkan kamera hadapan.

Kaca Corning Gorilla Glass 5 digunakan sebagai lapisan luar dan turut digunakan di belakang. Bukan lagi plastik di belakang seperti di Galaxy S21 FE. Samsung juga menyebut, bingkai telefon diperbuat daripada aluminium, bukannya Armor Aluminium seperti Galaxy S23. Manakala pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Untuk kamera, gandingannya kini lebih mirip kepada siri Galaxy S23. Kamera utamanya 50MP F1.8, diikuti kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 8MP F2.4, Ia mampu mengezum optikal 3x dan zum digital 30x. Kamera ini juga mampu merakam video UHD 8K. Untuk kamera hadapan, ia hanya menggunakan sensor 10MP tanpa autofokus, berbeza dengan Galaxy S23 yang memiliki kamera hadapan 12MP F2.2 dan ada auto fokus.

Kapasiti bateri dan pengecas nampaknya tidak berubah. Galaxy S23 FE masih dilengkapi bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas berwayar 25W serta pengecas wayarles. Tetapi tiada pengecas diberi di dalam kotak, ia harus dibeli berasingan.

Ciri flagship lain yang masih kekal adalah seperti speaker stereo, kalis air dan debu IP68, NFC, serta sambungan USB-C jenis USB 3.2 Gen 1 yang sangat pantas. Bagaimanapun, kabel USB-C yang diberikan adalah jenis USB2.0, bukannya USB 3.

Sistem operasi OneUI 5.1 berasaskan Android 13 digunakan. Dengan jaminan Samsung untuk kemaskini OS 4x dan keselamatan 5 tahun, bermakna Galaxy S23 FE akan menerima kemaskini OS sehingga Android 17.

Samsung kali ini menyediakan enam warna untuk Galaxy S23 FE dan dua daripadanya eksklusif untuk tempahan atas talian. Empat warna biasa adalah ungu, hijau, kelabu dan krim. Dua lagi warna eksklusif adalah biru dan oren.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy S23 FE.

Bacaan Berkaitan

  • Galaxy S23 FE dipertingkat dengan kamera sehebat Galaxy S23 dan USB-C setara iPhone 15 Pro
  • Galaxy S23 FE dijangka hadir tanpa cip khas untuk Galaxy
  • Samsung mungkin lancar Galaxy S23 FE hujung tahun ini dengan kejutan yang sangat mengecewakan
  • Gambaran Samsung Galaxy S23 FE terdedah atas talian, tersedia dalam 4 pilihan warna
Tags: Galaxy S23 FEsamsungSamsung Galaxy S23 FE
Najib

Najib

POPULAR

Dapatkan storan Galaxy S23 FE diganda percuma dan diskaun RM500 dengan cara ini

Dapatkan storan Galaxy S23 FE diganda percuma dan diskaun RM500 dengan cara ini

9 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER