• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KKD kaji sama ada perlu ikut langkah Indonesia haramkan TikTok Shop

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:15 pm
  • 09/10/2023
  • Komen
Tiktok uji ciri ini untuk mudahkan pengguna temui semula video yang pernah di tonton
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang langkah kerajaan Indonesia mengharamkan TikTok Shop, sebelum mengambil apa-apa langkah pembendungan yang sama di Malaysia. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimeda, telah kedengaran nada-nada khuatir daripada pemain-pemain tempatan tentang TikTok Shop yang mengancam pasaran tempatan.

Saya akan panggil pihak TikTok dalam masa terdekat untuk membincangkan isu yang melibatkan ketenteraman awam.

Ketika ditemubual tadi, saya maklumkan sejak TikTok tidak ada beberapa wakil di Malaysia, kerjasama yang diberikan sangat lembab. pic.twitter.com/UwccdRy9hT

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) October 7, 2023

Dalam satu ucapan di Indonesia, Presiden Jokowi menyentuh topik kedaulatan digital sebagai punca utama terdapat platform e-niaga ditutup. Beliau merujuk kepada satu platform media sosial yang turut beroperasi sebagai platform e-niaga yang mempunyai lebih 120 juta pengguna aktif dalam hanya beberapa bulan sahaja diperkenalkan.



Walaupun tidak menyatakan platform yang mana, mudah sahaja orang menekanya kerana beberapa hari sebelum ucapan tersebut, TikTok Shop di Indonesia telah menutup pengoperasiannya kerana tidak mematuhi undang-undang pihak pemerintah Indonesia.

TikTok Shop hentikan operasi di Indonesia. Malaysia bakal menyusul?



Berbalik kepada ucapan tersebut, presiden Jokowi berkongsi isi-isi berikut:

  • Perilaku pengguna tempatan sudah dipegang pihak luar
  • Pelombongan data oleh pihak luar mengancam kedaulatan digital
  • Potensi IDR11,250 trillion (RM3.39 trillion) mengalir keluar negara
  • 90% barang di platform e-dagang itu adalah barang import
  • Berlakukanya amalan predatory pricing untuk melombong data

Sebagai rujukan, Indonesia adalah negara pertama tempat TikTok Shop beroperasi dalam bulan April 2021. Malaysia pula dalam bulan April 2022, manakala A.S dalam bulan September 2023 lalu. Selain tiga negara itu, negara lain yang ada TikTok Shop adalah seperti U.K, Fillipina, Vietnam, Singapura, dan Thailand.

[Sumber: MalayMail]

Tags: Fahmi FadzilkkdTikTokTikTok Shop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Tiktok uji ciri ini untuk mudahkan pengguna temui semula video yang pernah di tonton

KKD kaji sama ada perlu ikut langkah Indonesia haramkan TikTok Shop

9 October 2023
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER