• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BTS Army kena dapatkan sarung telefon BTSD 6 di CASETiFY, sebelum kehabisan stok!

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:22 pm
  • 10/10/2023
  • Komen
BTS Army kena dapatkan sarung telefon BTSD 6 di CASETiFY, sebelum kehabisan stok!
Share on FacebookShare on Twitter

BTS datang lagi! Perhatian buat BTS Army, anda pastinya tidak mahu terlepas peluang untuk memiliki koleksi BTSD 6 keluaran CASETiFY.

Kalau anda nak tau, CASETiFY ni merupakan syarikat dari Hong Kong yang khusus dalam penghasilkan sarung telefon ditempah khas mengikut kehendak pelanggan. 



Untuk keluaran edisi ke-6 dengan kerjasama BTS ini, ia diilhamkan oleh lagu popular kumpulan dari Korea ini seperti “Dynamite”, “Butter” dan “Permission to Dance”.

Antara casing BTSD 6 ini sesuai untuk telefon pintar Samsung Galaxy Flip 5 dan Z Fold 5, Siri S23 (dan lebih awal) serta siri iPhone 15 terbaharu.



Selain casing untuk telefon pintar, koleksi BTSD 6 ini juga termasuk aksesori tambahan lain seperti:

  • Sarung untuk iPad, MacBook, dompet kad MagSafe yang diperbuat daripada vegan Leather
  • Tali jam Apple Watch dan phone charm “Boy With Luv”

Pasal harga pula, memang mahal sikitlah. Kalau cek dekat website anggaran harga sarung telefon BTSD6 yang paling murah adalah USD35 (sekitar RM167.00).
Kalau anda berminat untuk memburu koleksi BTSD 6, klik aje dekat sini.

Sisi gelap Disney Villains

Bukan BTS Army? Tak mengapa kerana CASETiFY juga turut melancarkan koleksi Disney Villains bersempena bulan Halloween ini.

Koleksi terbaharu daripada Co-Lab CASETiFY ini membawakan watak penjahat ikonik daripada Disney klasik seperti: 

  • Maleficent (Sleeping Beauty)
  • Cruella de Vil (101 Dalmatians)
  • Ursula (The Little Mermaid)
  • The Evil Queen (Snow White and the Seven Dwarfs)

Selain casing telefon pintar, aksesori pelengkap untuk AirPods, AirPods Pro, Apple Watch, MacBook dan iPad, pengecas wayarles serta dompet MagSafe.

Untuk memiliki casing Disney Villains ni, anda boleh dapatkannya di sini tapi kena tunggu pelancaran rasminya pada 12 Oktober ini.

Kabel USB warna-warni

Boring dengan kabel warna putih hitam? Apa kata anda ceriakan hari anda dengan kabel PowerThru™ USBC tahan ultra baharu daripada CASETiFY yang dibangunkan khas untuk iPhone 15!

Cotton Candy
Lavender
Light Mint

Didatangkan dalam pilihan empat warna menarik Cotton Candy, Light Mint dan Lavender, kabel USB ini direka dengan bentuk kepala kabel bulat, menggunakan wayar tembaga premium dan DuPont Kevlar serta kabelnya ‘dibalut’ material braided recycled nylon untuk lebih tahan lama.

Selain iPhone 15, kabel spesifikasi USB 2.0 ini sesuai digunakan untuk iPad, MacBook dengan port USB-C serta semua peranti Jenis C.

Harga bagi 1 meter kabel ni adalah USD25 (sekitar RM119.00), manakala untuk 2 meter adalah USD35 (sekitar RM167.00).
Kalau anda tertarik dengan kabel berwarna-warni ini, boleh dapatnya di sini.

Promo 10.10

Sempena Festival 10.10, CASETiFY juga tidak ketinggalan untuk mengadakan promosi jualan dengan potongan harga sehingga 20% untuk casing terpilih.

Anda bolehlah usha-usha di sini untuk melihat kot ada casing yang menarik perhatian anda!

Tags: BTSCASETiFYiphone 15
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
BTS Army kena dapatkan sarung telefon BTSD 6 di CASETiFY, sebelum kehabisan stok!

BTS Army kena dapatkan sarung telefon BTSD 6 di CASETiFY, sebelum kehabisan stok!

10 October 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN