Seorang YouTuber ini lakukan uji kaji mengecas iPhone 15 Pro Max menggunakan 4 pengecas yang berlainan ouput untuk mengecas dairpada 1% hingga 100%. 4 pengecas tersebut adlaah 30W, 20W, 12W, dan 5W. Dia mencatatkan tempoh waktu pengecasan, suhu telefon, dan suhu pengecas. Dapat kajiannya agak menarik kerana pengecas yang memiliki output tinggi tidak semestinya baik dan pengecas output rendah tidaklah selamat.

Seperti anda sedia maklum, iPhone 15 Pro Max mampu menerima kuasa pengecas sehingga 30W. Pengkaji mendapati yang mengecas penuh peranti itu mengambil masa 2 jam 11 minit dengan blok 30W.

Walau bagaimanapun, 50% lebih kuasa daripada blok 20W tidak bermakna pengecasan jadi 50% lebih pantas, sebaliknya, perbezaan masa yang dicerap cumalah 10 minit ataupun kira-kira 7%.

Dengan perbezaan 10 minit, anda iPhone 15 Pro Max didapati beroperasi pada suhu maksimum 4° C lebih rendah (46° C vs 41° C).
Lebih menarik apabila ia menggunakan blok 5W. Mungkin anda sangkakan mengecas perlahan memanfaatkan telefon daripada segi kesihatan bateri, namun ia mungkin membahayakan nyawa anda. Dia dapati yang blok pengecas mencapai bacaan 71° C sedangkan pengecas 20W dan 30W cuma sekitar 36° C sahaja.

71° C bermakna pengecas berisiko untuk cair dan menyebabkan kebakaran.
Makanya konklusi daripada eksperimen pengecas yang dijalankan adalah, pengecasan paling optimum diperoleh dengan blok 20W kerana prestasi tak jauh beza dengan blok 30W malah lebih murah. Blok 5W pula mengecas terlalu perlahan dan membahayakan pengguna.