• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Storan Samsung SSD T9 hantar data 2x lebih pantas dan tahan jatuh setinggi 3 meter

  • OLEH Najib
  • 6:54 pm
  • 11/10/2023
  • Komen
Storan Samsung SSD T9 hantar data 2x lebih pantas dan tahan jatuh setinggi 3 meter
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Samsung popular sebagai pengeluar telefon pintar, sebenarnya Samsung menghasilkan lebih banyak perkara daripada apa yang anda fikirkan. Samsung juga adalah peneraju dalam penghasilan teknologi memori dan storan.

Samsung Electronics baru-baru ini telah melancarkan storan SSD mudah alih, Portable SSD T9. Ia memiliki rekaan yang bergaya dan mudah dibawa ke mana-mana, di samping ruang storan yang sangat besar dan keupayaan penghantara data yang sangat pantas.



Prestasi Terunggul

Storan SSD terbaru ini memiliki kelajuan membaca/menulis berturutan sepantas 2,000MBps menerusi sambungan USB 3.2 Gen 2×2. Ini adalah dua kali lebih pantas berbanding model sebelumnya, T7. Dengan kelajuan ini, ia mampu menghantar video HD Penuh bersaiz 4GB dalam masa 2 saat sahaja.

Pengguna juga disajikan dengan pilihan storan yang sangat luas. T9 datang dalam saiz 1TB, 2TB dan saiz terbesar 4TB. Walaupun begitu, saiznya sangat kompak dan ringan, hanya sebesar saiz kad kredit. Ini mmebolehkan ia mudah disimpan dan dibawah ke mana jua tugasan anda memerlukannya.



Tahan Lasak & Selamat

Tetapi perkara paling penting adalah keselamatan data yang disimpan dan salah satu adalah fizikal storan sendiri. Samsung mengekalkan konsep gelombang seakan T7 yang terbukti lebih tahan lasak. Ia ditambah dengan corak karbon di lapisan getah di luar, memberikannya rasa seperti fabrik yang premium dan mewah.

Samsung juga telah membuat pelbagai ujian ketahanan, antaranya masih berfungsi setelah jatuh dari ketinggian tiga meter. Selain itu, Samsung memberi jaminan selama 5-tahun sebagai bukti produk ini diyakini pembuatannya.

Pengurusan Ahli Magik

Bagi meningkatkan lagi pengalaman penggunaan selain menyimpan data, Samsung turut menyediakan perisian Samsung Magician Software 8.0. Ia memiliki beberapa fungsi berguna untuk T9 antaranya mengemaskini perisian, menguji prestasi, menetapkan tahap keselamatan serta memantau kesihatan storan masa nyata.

Selain itu, perisian ini dilengkapi pembantu yang boleh cuba menyelesaikan beberapa isu berkaitan T9. Pengguna juga boleh menggunakan Magician Software untuk memindah storan sepenuhnya, meliputi pelbagai sistem operasi seperti Android, Windows dan Mac.

Ketersediaan dan Harga

Storan Samsung Portable SSD T9 telah dilancarkan di peringkat antarabangsa pada 3 Oktober 2023. Ia dijual di Amerika Syarikat pada harga:

  • Samsung Portable SSD T9 1TB – USD139.99 (~RM660)
  • Samsung Portable SSD T9 2TB – USD239.99 (~RM1,132)
  • Samsung Portable SSD T9 4TB – USD439.99 (~RM2,076)

Samsung memberikan dua jenis kabel di dalam kotak iaitu USB-C ke USB-C dan USB-A ke USB-C. Kehadirannya di Malaysia masih belum disahkan tarikh sebenar. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk Samsung Portable SSD T9.

Sementara itu, jika anda berminat dengan model lama T7, boleh dapatkannya di Shopee Mall dari serendah RM369 untuk T7 Basic dan dari RM409 untuk T7 Shield.

Tags: samsungSamsung Portable SSD T9SSD
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Storan Samsung SSD T9 hantar data 2x lebih pantas dan tahan jatuh setinggi 3 meter

Storan Samsung SSD T9 hantar data 2x lebih pantas dan tahan jatuh setinggi 3 meter

11 October 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER