• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile, Sooka & Sunsilk menang Anugerah YouTube Works ‘Best of Malaysia’, wakili negara ke Asia Tenggara

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:59 pm
  • 11/10/2023
  • Komen
Semak video pada ciri baru ‘checks’ sebelum muat naik di YouTube, elak disaman pelanggaran hak cipta
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan lebih 500 jam kandungan dimuat naik setiap minit, menjadikan YouTube platform perkhidmatan video yang menjadi pilihan no 1 dan paling banyak ditonton oleh rakyat Malaysia. Kerana itu, YouTube Malaysia menyediakan anugerah khas bagi pencipta kandungan tempatan terbaik, kini di tahun ke-8.

Berdasarkan tinjauan Kantar, sebuah syarikat data pemasaran dan analitik, YouTube menjadi pilihan kerana ia membolehkan akses kepada pelbagai jenis kandungan seperti video pendek, panjang atau langsung, serta kandungan yang tidak dapat ditemui di tempat lain.



Ketua YouTube Malaysia, Loh Ben Jern

Menurut Ketua YouTube Malaysia, Loh Ben Jern, “Di Malaysia, lebih 7 juta orang menstrim YouTube di TV Sambungan (Connected TV), menjadikannya skrin yang paling pesat berkembang dalam tempoh 5 tahun.

“YouTube Shorts telah mencapai 70B tontonan secara global setiap 24 jam, peningkatan sebanyak 40% dalam masa kurang daripada setahun dan purata tontonan harian di Asia Tenggara meningkat lebih 130% tahun ke tahun,” jelas Loh lagi.



Anugerah Best of Malaysia

Dalam masa sama, YouTube Malaysia turut mengumumkan pemenang utama bagi Anugerah YouTube Works ‘Best of Malaysia’ edisi ke-8.

Anugerah ini adalah bagi menghargai dan mengiktiraf pengiklan dan jenama yang telah menggunakan YouTube sebagai saluran untuk berhubung dengan khalayak sasaran.

Tempat pertama: U Mobile yang tampil kreatif dalam karya The Grand Love for CNY 2023 untuk kempen Tahun Baru Cina.

The Grand Love memaparkan kisah menyentuh hati yang menghubungkan generasi tua dan muda bersama-sama melalui bentuk cinta agung yang paling murni melalui teknologi baharu.

Kempen Tahun Baru Cina ‘The Grand Love’ dari U Mobile

Tempat kedua: Sooka Malaysia, yang menonjolkan kemeriahan menonton perlawanan Liga Malaysia 2023 di mana sahaja tanpa sebarang halangan dengan hanya menggunakan aplikasi Sooka.

Tempat ketiga: Sunsilk Malaysia yang menampilkan kreativiti peminat dalam berfesyen untuk menghadiri konsert kumpulan popular Korea, Blackpink.

Selain itu YouTube juga menyenaraikan 9 finalis yang akan mewakili negara di “YouTube Works Awards Southeast Asia 2023’ yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2023 di Indonesia.

Berikut adalah senarai finalisnya:

Dentuman Besar (The Big Bang)

  1. McDonald’s – #McDDoDaDip Chicken McNuggets
  2. sooka Malaysia – sooka Liga Malaysia 2023 Campaign Relaunch

Yang Panjang dan Pendek (The Long and Short)

  1. McDonald’s – #McDDoDaDip Chicken McNuggets
  2. Berocca – BerSahur Bersama Berocca

Kolaborator (The Collaborator)

  1. Sunsilk Malaysia – Fandom First : Sunsilk Owning the fandom x Blackpink Standing out in Culture

Penyala Api (The Fire Starter)

  1. U Mobile – U Mobile presents The Grand Love for CNY 2023
  2. Berocca – BerSahur Bersama Berocca

Pengubah (The Changemaker)

  1. Colgate – Colgate Smile Strong
  2. MR.DIY – The Rude Girl

Kanvas Bersambung (The Connected Canvas)

  1. McDonald’s – Best Burger
  2. Hong Leong Bank – Going 1-2-3 with HLB Connect!

YouTube menjelaskan pemilihan dibuat berdasarkan kreativiti dalam pelbagai aspek, termasuklah merancang penceritaan, menjalin perkongsian strategik dan kreatif antara jenama dan pencipta kandungan serta keupayaan menggunakan YouTube secara berkesan untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Tags: Anugerah YouTube Works ‘Best of Malaysia’YouTube
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Semak video pada ciri baru ‘checks’ sebelum muat naik di YouTube, elak disaman pelanggaran hak cipta

U Mobile, Sooka & Sunsilk menang Anugerah YouTube Works ‘Best of Malaysia’, wakili negara ke Asia Tenggara

11 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER