• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MAVCOM arah MYAirline pulang wang pelanggan, nasihat penumpang buat aduan

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:08 pm
  • 12/10/2023
  • Komen
MYAirline tawar 10,000 tambang percuma, lekas sambar sebelum kehabisan
Share on FacebookShare on Twitter

Sangat mengejutkan apabila syarikat penerbangan tambang murah yang baru beroperasi tidak sampai setahun, MYAirline Sdn Bhd (MyAirline) secara tiba-tiba menggantungkan operasinya berkuat kuasa hari ini dan akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pergantungan operasi ini dikatakan berpunca daripada masalah kewangan dan perlu menunggu penstrukturan pemegang saham dan permodalan semula daripada syarikat penerbangan itu.



MYAirline bertanggungjawab bayar balik duit tiket 

Pengumuman tersebut sudah tentu menimbulkan kejutan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah menempah tiket penerbangan dengan syarikat tersebut.

Jadi bagaimana dengan nasib pengguna yang telah membuat pembelian tiket ya?



Berita baiknya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengarahkan MYAirline untuk segera menguruskan pengguna yang terjejas ekoran pergantungan operasinya ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan MAVCOM, syarikat penerbangan tambang murah itu masih perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pengguna yang sudah membeli tiket walaupun mereka sudah menggantungkan operasi penerbangannya.

Suruhanjaya berkenaan juga meminta pengguna yang sudah membuat tempahan bagi penerbangan dari 12 Oktober dan ke atas supaya menghubungi saluran aduan khusus MYAirline di [email protected] untuk pertanyaan dan bantuan berkenaan tempahan mereka.

Pengguna yang terjejas juga boleh menghubungi saluran aduan khusus MAVCOM menerusi:

  • Hotline pengguna: 1800-186966 (dalam Malaysia) atau +603-7651 2777 (luar Malaysia)
  • E-mel: [email protected]
  • Borang aduan FlySmart 
  • Aplikasi mudah alih FlySmart di Google Play store dan App Store

Hentikan penjualan dan tempahan tiket serta-merta

Dalam masa sama, MAVCOM juga mengarahkan MYAirline untuk menghentikan serta-merta penjualan dan tempahan tiket penerbangan di semua platform tempahan sehingga notis selanjutnya.

Suruhanjaya berkenaan kini sedang menyiasat MyAirline berdasarkan pelaksanaan semakan dalaman serta aduan yang telah diterima berkenaan pembayaraan berkanun yang belum dibayar kepada pekerjanya.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai operasi MYAirline akan dimaklumkan MAVCOM dalam masa terdekat.

[Sumber: MAVCOM]

Tags: mavcomMYAirlineSuruhanjaya Penerbangan Malaysia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
MYAirline tawar 10,000 tambang percuma, lekas sambar sebelum kehabisan

MAVCOM arah MYAirline pulang wang pelanggan, nasihat penumpang buat aduan

12 October 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN