• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 6 MLBB telefon gaming paling berbaloi, dapat kipas penyejuk dan harga lebih murah

  • OLEH Najib
  • 7:04 pm
  • 12/10/2023
  • Komen
ROG Phone 6 MLBB telefon gaming paling berbaloi, dapat kipas penyejuk dan harga lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Asus ROG telah melancarkan telefon edisi khas Mobile Legend Bang Bang (MLBB) hari ini. Ia menggabungkan telefon pintar ROG Phone 6 dengan tema khas Yu-Zhong, salah satu watak utama di dalam permainan MLBB. Sebelum ini, Asus ROG pernah melancarkan edisi khas Batman dan Diablo Immortal untuk telefon ROG Phone 6.

Bagaimanapun, edisi MLBB kali ini tidak datang dengan begitu banyak aksesori khas seperti rekaan belakang telefon diubahsuai atau pin dulang berbeza. Ia hanyalah telefon pintar ROG Phone 6 biasa tetapi memiliki tambahan aksesori MLBB yang sangat menarik.



Harga dan Ketersediaan

Peminat gaming yang mencari telefon terbaik tetapi harga tidak terlampau mahal, haruslah mendapatkan ROG Phone 6 MLBB. Ini kerana ia dilengkapi prestasi kelas flagship tahun lepas, butang bahu dan datang bersama kipas penyejuk. Paling penting, harganya lebih murah berbanding ROG Phone 6 biasa iaitu:

  • ROG Phone 6 MLBB (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,299

Kotak Edisi khas MLBB untuk ROG Phone 6 ini disertakan bersama aksesori dan cenderahati bernilai RM788 iaitu:



  • Kipas Penyejuk AeroActive Cooler 6
  • Sarung telefon DEVILCASE hero MLBB Yu Zhong
  • Pemegang pas & lanyard MLDD
  • Kain pembersih skrin MLBB

Bagi 500 pembeli terawal, mereka akan turut menerima 500 MLBB Diamonds percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kepada yang berminat, boleh segera dapatkan ROG Phone 6 MLBB dari pengedar sah Asus ROG di seluruh Malaysia, serta atas talian di ASUS eStore, Shopee & Lazada.

Spesifikasi ROG Phone 6

Asus melengkapi ROG Phone 6 dengan pemproses terbaik tahun lepas, Snapdragon 8+ Gen 1 bersama RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1. Ia datang bersama skrin AMOLED E4 Samsung seluas 6.78-inci HD Penuh, dengan kadar penyegaran setinggi 165Hz. Skrin ini juga tahan lasak kerana menggunakan kaca Corning Gorilla Glass Victus di luar.

Bateri sangat besar, 6,000mAh dimuatkan ke dalam telefon ini dan ia menyokong pengecasan pantas 65W dan pengecas turut disertakan di dalam kotak. Malah ada dua port USB-C untuk mengecas, di bawah telefon dan di sisi.

Untuk nikmati main game lebih hebat, terdapat dua butang bahu kapasitif ultrasonik di sisi telefon. Selain itu, ROG Phone 6 memiliki dua speaker stereo di bawah dan atas skrin yang menembak ke muka pengguna.

Terdapat tiga kamera belakang di telefon ini iaitu kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX766, kamera ultra lebar 13MP dan kamera makro 2MP. Di hadapan pula, ia dipasang kamera 12MP dengan sensor Sony IMX633 dan terletak di dalam bingkai di atas skrin.

Satu lagi tarikan yang menjadi ROG Phone 6 sebuah telefon gaming adalah skrin belakang. Ia adalah skrin dengan dot LED yang membentuk logo ROG berkelip-kelip dalam warna RGB.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk ROG Phone 6.

Bacaan berkaitan

  • ASUS Rog Phone 6, telefon gaming terhebat menjadi lebih hebat
  • Asus ROG Phone 6 & ROG Phone 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • ROG Phone 6D, telefon gaming ASUS yang lebih murah dilancar dan akan tiba di Malaysia
  • ROG Phone 6 Edisi Batman: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • ROG Phone 6 Edisi Diablo Immortal: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: asusASUS ROGAsus ROG Phone 6Asus ROG Phone 6 MLBBmlbb
Najib

Najib

POPULAR

ROG Phone 6 MLBB telefon gaming paling berbaloi, dapat kipas penyejuk dan harga lebih murah

ROG Phone 6 MLBB telefon gaming paling berbaloi, dapat kipas penyejuk dan harga lebih murah

12 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER