• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Belanjawan 2024: Tonton secara langsung di pelbagai platform ini

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 13/10/2023
  • Komen
Belanjawan 2024: Tonton secara langsung di pelbagai platform ini
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini Jumaat 13 Oktober 2023, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan perancangan kewangan kerajaan Malaysia tahun 2023, menerusi pembentangan Belanjawan 2024. Ia akan berlangsung mulai pukul 4 petang.

Saya akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada jam 4.00 petang ini.

Moga intipati pembentangan ini dapat membimbing ekonomi kita ke tahap lebih baik dalam berdepan tantangan global masa kini selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara,… pic.twitter.com/NYDouNzz4V

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 13, 2023

Rakyat Malaysia khususnya dan orang ramai boleh menyaksikan pembetangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani secara langsung menerusi beberapa cara dan saluran berikut:



  • Saluran TV RTM1
  • Laman web RTMklik
  • YouTube Bernama TV
  • Facebook Jabatan Penerangan Malaysia
  • Aplikasi RTM Klik (Apple Appstore, Google Playstore, Huawei Appgallery)

Maklumat penuh mengenai Belanjawan 2024 boleh didapati selepas tamat pembentangan, di laman web Kementerian Kewangan.

Apa yang akan diumum dalam Belanjawan 2024?

Rata-rata, semua kementerian ada memberikan harapan supaya permintaan mereka akan dipertimbang dan dimasukkan dalam Belanjawan 2024. Bagi Kementerian Komunikasi dan Digital, menteri YB Fahmi Fadzil berharap agar peruntukan untuk membangunkan rangkaian 5G akan diberi tumpuan untuk kepentingan negara di masa akan datang.



Fahmi Fadzil (kiri) dan Tengku Zafrul (kanan)

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul menjangkakan subsidi bersasar dan bantuan kewangan untuk memiliki kenderaan elektrik (EV) disediakan untuk semua, termasuk B40. Ia mungkin akan memberi kesan kepada kemasukan lebih banyak motorsikal elektrik mampu milik.

Kerajaan juga pasti akan meneruskan bantuan tunai dalam bentuk Bantuan Tunai Rahmah (BTR) bagi golongan B40 dan M40 yang layak. Bagi tahun 2023, ia disalurkan melalui empat fasa iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan November.

Sama-sama kita saksikan pembentangan Belanjawan 2024 pukul 4 petang ini. Apakah harapan anda dalam belanjawan kali ini? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Tags: Belanjawan 2024
Najib

Najib

POPULAR

Belanjawan 2024: Tonton secara langsung di pelbagai platform ini

Belanjawan 2024: Tonton secara langsung di pelbagai platform ini

13 October 2023
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN