• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Canon perkenal 7 printer Mega Tank baru, ada warna luar biasa dengan tangki besar & kos rendah

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:20 am
  • 13/10/2023
  • Komen
Canon perkenal 7 printer Mega Tank baru, ada warna luar biasa dengan tangki besar & kos rendah
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi memenuhi keperluan percetakan sama ada di rumah dan di pejabat, Canon memperkenalkan tambahan terbaharu kepada pencetak siri G, TS dan GX yang memberikan fleksibiliti dan prestasi tiada tandingan.

Biasanya kita melihat badan mesin pencetak berwarna hitam atau putih, tetapi kali ini Canon memberikan kelainan dengan melancarkan dua siri warna baharu, ungu dan kuning-hijau dalam siri G, pencetak inkjet 3-dalam-1.



Bagi anda yang tidak tahu, siri G ini direka bentuk untuk percetakan volum tinggi dan mudah untuk diselenggarakan sendiri di rumah.

G2730
G3730

Variasi warna baharu ini direka untuk menyerikan persekitaran pejabat dan memberi inspirasi kepada produktiviti. Mesin pencetak dengan warna baharu ini hanya boleh dibeli secara eksklusif dalam talian sahaja.



TS7770
TS7770A

Untuk siri TS, ia merupakan pencetak inkjet mampu milik untuk keperluan percetakan serba boleh pula menampilkan dua pencetak foto premium baharu, TS7770 dan TS7770A (dilengkapi dengan ADF) yang dapat memberikan cetakan lebih jelas.

Ia dilengkapi dengan panel sentuh 2.7 inci, reka bentuk UI baharu dan boleh digunakan dengan aplikasi Canon Print yang dimuat turun melalui Google Play atau Apple Apps.

GX1070
GX2070
GX5570

3 mesin pencetak baharu diperkenalkan dalam barisan siri GX, iaitu GX1070, GX2070 dan GX5570 yang sesuai untuk kegunaan pejabat bagi meningkatkan produktiviti.

Siri GX ini merupakan pencetak inkjet yang direka untuk percetakan volum tinggi pada kos operasi ultra rendah, menggabungkan saiz kompak dan penyelenggaraan yang mudah, sesuai untuk memenuhi keperluan pejabat kecil.

Kelebihan mesin pencetak ini membolehkan cetakan penyerlah (highlighter) dan kalis air, serta dapat mencetak sehingga 21,000 halaman berwarna dan 9,000 halaman mono sebelum perlu mengisi semula tangki dakwat. 

GX1070 merupakan mesin pencetak 3 dalam 1 yang menawarkan fungsi mencetak, imbas dan salinan. GX2070 pula adalah mesin pencetak 4 dalam 1, yang membawakan fungsi sama seperti GX1070, tapi dengan tambahan untuk menghantar faks. Manakala GX5570 hanya menawarkan satu fungsi, iaitu mencetak sahaja. 

Kesemua mesin pencetak yang dilancarkan Canon ini boleh dihubungkan dengan sambungan WiFi.

MegaTank, bukti kemampuan pencetak baru Canon

Dalam majlis yang sama, Canon turut memperkenalkan slogan penjenamaan baharu MegaTank untuk dua siri mesin pencetaknya, G dan GX. 

Tiga dari kiri: Ketua Produk Sistem Pengguna Canon Malaysia, Sandy Lee

Menurut Ketua Produk Sistem Pengguna Canon Malaysia, Sandy Lee, “Pengenalan model pencetak bersama slogan MegaTank baharu ini mewakili komitmen Canon untuk menyediakan penyelesaian percetakan serba boleh untuk memenuhi keperluan pengguna kami.”

Slogan baharu ini merangkumi ciri terbaik yang ditawarkan tangki dawat pencetak Canon, seperti:

  1. Botol dakwat kapasiti lebih tinggi supaya kos mencetak lebih rendah
  2. Antaramuka mesra pengguna membolehkan navigasi fungsi pencetak dengan mudah
  3. Mudah diselenggara sesiapa sahaja dengan kartrij yang boleh tanggal
  4. Percetakan dokumen dan foto berkualiti tinggi
  5. Memenuhi setiap keperluan percetakan, daripada dokumen harian hingga cetakan foto

Senarai harga mesin pencetak

Ini adalah senarai harga tujuh printer Canon yang baru dilancarkan:

  • G2730 – RM670 (hanya boleh dibeli secara online)
  • G3730 – RM800 (hanya boleh dibeli secara online)
  • TS7770 – RM1,200
  • TS7770A – RM1,350 
  • GX1070 – RM1,650
  • GX2070 – RM1,950
  • GX5570 – RM1,990

Anda juga boleh melayari laman web Canon untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai pilihan mesin pencetak yang ditawarkan. 

Tags: canonprinter
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Canon perkenal 7 printer Mega Tank baru, ada warna luar biasa dengan tangki besar & kos rendah

Canon perkenal 7 printer Mega Tank baru, ada warna luar biasa dengan tangki besar & kos rendah

13 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER