• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penyakit X & Man United tersenarai antara carian Google Malaysia paling sohor September 2023

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:47 pm
  • 13/10/2023
  • Komen
Penyakit X & Man United tersenarai antara carian Google Malaysia paling sohor September 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengeluarkan laporan yang memaparkan senarai 10 carian paling popular di aplikasi itu di Malaysia pada bulan September 2023. Lapan daripadanya adalah berkaitan sukan seperti badminton, kriket, bola sepak dan esport.

Tidak dinafikan, selain bola sepak, sukan badminton juga merupakan sukan yang diminati kebanyakan rakyat Malaysia. Ini terbukti apabila kejohanan badminton Terbuka Hong Kong 2023 yang menyaksikan pasukan Beregu Wanita Malaysia mara ke peringkat akhir mendahului senarai carian paling popular di Google untuk bulan September.



Selain sukan, isu mengenai Penyakit X (Disease X) yang dianggap sebagai wabak paling serius dan diramal menjadi pandemik baharu selepas wabak Covid-19 juga turut tersenarai. 

Kalau anda nak tahu, Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018, untuk merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, tetapi berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.



1. Hong Kong Open

Hong Kong Open 2023 merupakan kejohanan badminton yang berlangsung dari 12 hingga 17 September. Carian ini pastinya dilakukan peminat badminton, lebih-lebih lagi apabila pasukan beregu wanita, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berjaya mara ke peringkat akhir selepas menewaskan Thailand dengan jaringan 2-0. 

2. New Zealand vs Bangladesh / England vs Ireland

Berkongsi tempat kedua sebagai carian teratas di Google adalah perlawanan kriket One Day International (ODI) ke-3, di mana New Zealand dan England telah memenangi perlawanan masing-masing menentang Bangladesh dan Ireland. 

3. Man United vs Crystal Palace

Musim Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) ini menyaksikan Manchester United menang 3-0 menentang Crystal Palace pada 27 September dalam pusingan ke-3 perlawanan. Tapi dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk pasukan yang sama, MU pula kalah 0-1. Mungkin sebab tu la ramai membuat carian tentang ini.

4. Liverpool vs West Ham

Sudah tentu peminat setia Liverpool di Malaysia akan mengikuti rapat perlawanan pasukan ini. Dalam perlawanan yang berlangsung pada 24 September ini, Liverpool berjaya menewaskan West Ham dengan jaringan 3-1. Gol dijaringkan oleh Mohamed Salah (16’), Darwin Nunez (60’) dan Diogo Jota (85’)

5. Man United vs Brighton

Carian melibatkan pasukan Manchester United sekali lagi tersenarai dalam carta paling popular ini. Pada Premier League musim ini menyaksikan Man United dikalahkan oleh Brighton dengan jaringan 1-3 menerusi perlawanan yang berlangsung pada16 September. Ia yang merupakan kemenangan kedua berturut-turut Brighton.

6. Nepal vs Mongolia

Perlawanan pertama Asian Games Men’s Cricket Competition pada 27 September menyaksikan Nepal memecahkan beberapa rekod Twenty20, membawa mereka menewaskan Mongolia dengan 273 larian.

7. Persepolis vs Al-Nassr

Perlawanan Asian Football Confederation (AFC) Champions League antara Al-Nassr dan Persepolis pada 20 September 20 menyaksikan Al-Nassr menang dengan jaringan 2-0. Selain sebab AFC, ramai yang buat carian ni sebab ada Cristiano Ronaldo (CR7) di Al Nassr.

8. Penyakit X / Disease X

Merupakan antara carian paling popular pada 25 September apabila Menteri Kesihatan Dr Zaliha mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi ancaman penyakit X. Ini selepas terdapat laporan kerajaan UK telah menubuhkan pusat penyelidikan vaksin baharu sebagai persiapan menghadapi penyakit tersebut.

9. Kagura Bachi

Apa itu Kagura Bachi? Ia merupakan siri manga Jepun yang meraih populariti apabila meme anime berkenaan tular di media sosial selepas keluaran pertamanya pada 18 September. Kalau anda merupakan peminat siri manga Jepun, sudah pasti kalian juga merupakan antara yang membuat carian ini!

[Sumber: knowyourmeme]

10. 王者 荣耀 亚运 会 直播 (Honor of Kings Asian Games live broadcast)

Pasukan esport Malaysia memenangi pingat perak dalam acara esport “Honor of Kings” yang pertama di Sukan Asia ke-19, yang disiarkan secara langsung pada 26 September.

Tags: Google
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Penyakit X & Man United tersenarai antara carian Google Malaysia paling sohor September 2023

Penyakit X & Man United tersenarai antara carian Google Malaysia paling sohor September 2023

13 October 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER