• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi bekerjasama dengan FAM tawar pek Uni5G dan jersi Harimau Malaya untuk masa terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:10 pm
  • 13/10/2023
  • Komen
Unifi bekerjasama dengan FAM tawar pek Uni5G dan jersi Harimau Malaya untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda peminat bola sepak, berita ini pastinya sesuatu yang anda tidak mahu lepaskan. Menerusi kempen Unifi Mobile Road Louder, TM akan mengadakan tawaran eksklusif untuk barangan Unifi Mobile X Harimau Malaya sempena Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Bagi yang berminat, ia akan diadakan mulai 13 Oktober hingga 17 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Semasa pesta sedang berjalan, peminat boleh singgah ke khemah Unifi Mobile untuk berpeluang mendapatkan barangan edisi terhad Harimau Malaya seperti jersi, Mafla, tiket perlawanan Pestabola Merdeka serta pek permulaan Uni5G, semuanya pada harga RM45 sahaja.



Bukan itu sahaja, mereka yang melanggan pelan prabayar Uni5G bulanan tanpa had juga akan menikmati pulangan tunai segera RM5. Pelan tersebut akan hadir bersama data 4G dan 5G tanpa had, panggilan tanpa had dan juga kuota hotspot 5GB.

Berdasarkan tinjauan di T&C kempen, pengguna layak untuk terima pulangan tunai RM5 ini jika pembelian pas dibuat dari 11 Oktober hingga 18 Oktober 2023 menerusi aplikasi Unifi Mobile Prepaid.



Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa kesemua barangan edisi terhad Unifi Mobile X Harimau Malaya ini tersedia dalam kuantiti terhad, dan didahulukan kepada mereka yang terawal. Jadi jika berminat, pastikan segera kunjungi acara yang akan diadakan selama lima hari di Stadium Nasional Bukit Jalil ini.

Tags: FAMHarimau MalayaUni5gUnifi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Unifi bekerjasama dengan FAM tawar pek Uni5G dan jersi Harimau Malaya untuk masa terhad

Unifi bekerjasama dengan FAM tawar pek Uni5G dan jersi Harimau Malaya untuk masa terhad

13 October 2023
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

11 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN