• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas

  • OLEH Najib
  • 11:48 am
  • 16/10/2023
  • Komen
MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman MYAirline yang menghentikan semua operasi penerbangan mereka secara tiba-tiba. Penumpang hanya dimaklumkan tiada lagi penerbangan mulai 12 Oktober pada hari yang sama. Ini membuatkan ramai orang terkandas di lapangan terbang tanpa sebarang bantuan dihulurkan oleh MYAirline.

Sehubungan langkah mengejut ini, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengarahkan MYAirline suntuk segera menguruskan pengguna yang terjejas ekoran pergantungan operasinya ini. MYAirline masih perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pengguna yang sudah membeli tiket walaupun mereka sudah menggantung operasi penerbangan.



Tidak lama selepas itu, MYAirline mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang mempercepatkan proses pemulangan wang dan meminta pelanggan untuk bersabar kerana mereka sedang menguruskan lebih 12,000 emel.

Untuk membantu pelanggan dengan lebih baik, MYAirline akan membuka talian hotline untuk memudahkan lagi perhubungan. Tetapi sehingga kini selepas dua hari, masih tiada maklumat berkenaan talian tersebut. Sementara itu, penumpang dinasihatkan untuk menghantar maklumat tempahan (PNR) ke emel [email protected].



Di samping itu, MYAirline turut memaklumkan bahawa semua kakitangan MYAirline masih bekerja di bawah syarikat. Tiada pekerja diletakkan di bawah cuti tanpa gaji.

Selain itu, MYAirline menyatakan mereka telah menerima banyak permintaan berkenaan kerjasama strategik dan sedang meneliti setiap satu permohonan. MYAirline akan terus memaklumkan penumpang dan pemegang taruh tentang berita terkini.

Beberapa syarikat penerbangan lain telah menghulurkan bantuan kepada penumpang MYAirline yang terkesan, dengan menawarkan diskaun dan tambang harga tetap untuk penerbangan. Antaranya AirAsia, Batik Air dan Malaysia Airlines.

[Sumber: MYAirline]

Bacaan Berkaitan

  • MYAirline tutup kedai hingga satu tarikh yang belum diberitahu, masalah kewangan dipercayai punca
  • MAVCOM arah MYAirline pulang wang pelanggan, nasihat penumpang buat aduan
  • Penumpang MYAirline terjejas boleh guna cara ini untuk dapatkan tawaran diskaun 50% tiket AirAsia
Tags: MYAirline
Najib

Najib

POPULAR

MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas

MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas

16 October 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN