• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penumpang MYAirline terjejas boleh guna cara ini untuk dapatkan tawaran diskaun 50% tiket AirAsia

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:36 pm
  • 12/10/2023
  • Komen
Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Air Asia mengumumkan tawaran diskaun istimewa 50% untuk tambang asas secara eksklusif kepada penumpang MYAirline yang terjejas selepas syarikat penerbangan itu menggantungkan operasinya secara mengejut hari ini.

Tawaran istimewa yang berkuat kuasa serta-merta ini terpakai kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan penerbangan yang disahkan mulai 12 Oktober hingga 30 November 2023, ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Tawau serta Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok.



Untuk menebus tawaran ini, penumpang yang terjejas boleh mengemukakan tempahan penerbangan MYAirline mereka yang disahkan di lokasi seperti:

  • Kaunter Jualan AirAsia di KL Sentral di Kuala Lumpur
  • Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu)
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
  • Lapangan Terbang Tawau
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng
  • Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata tawaran ini adalah sebagai tanda sokongan pihaknya kepada penumpang MYAirline yang terjejas dan berharap ia dapat membantu dalam mengatur perjalanan baharu.



Menurut Bo Lingam lagi, pihaknya juga berbesar hati mempertimbangkan dan mengambil individu berkelayakan daripada MYAirline untuk menjadi kakitangannya.

“Kami menggalakkan kakitangan MYAirline yang terjejas untuk menghubungi kami dan meneroka kemungkinan menyertai keluarga Allstars kami, ujarnya.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaMYAirline
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Penerbangan AirAsia anda diubah atau dijadual semula? Sebenarnya anda boleh tukarnya percuma

Penumpang MYAirline terjejas boleh guna cara ini untuk dapatkan tawaran diskaun 50% tiket AirAsia

12 October 2023
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN