• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BlackBerry berminat buka Pusat Keselamatan Siber pertama Asia Pasifik di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:51 am
  • 17/10/2023
  • Komen
BlackBerry berminat buka Pusat Keselamatan Siber pertama Asia Pasifik di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nama BlackBerry pernah gah sebagai telefon pintar suatu masa dahulu, sebelum iOS dan Android menenggelamkannya. Tetapi syarikat BlackBerry tidak pernah berkubur, malah mereka terus mencipta keuntungan dengan memberi fokus dalam penyelesaian keselamatan siber dan digital.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, TYT Wayne Robson dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo. Perkara ini tidak mengejutkan kerana BlackBerry merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Kanada.



Dalam pertemuan ini, Gianmatteo memaklumkan hasrat BlackBerry untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara menerusi kerjasama dengan Malaysia. Gianmatteo turut bercadang untuk membuka Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik.

Perdana Menteri menyatakan Malaysia terus membuka peluang dan memudah cara pelaburan berkualiti yang ingin dibawa pihak luar. Beliau juga berharap komitmen dan usaha bersepadu yang sedang dilaksana Kerajaan Perpaduan dalam menstruktur ekonomi dapat menarik minat lebih ramai pelabur asing.



Kejayaan Perdana Menteri menarik Tesla membuka pejabat di Malaysia merupakan salah satu perkara besar yang dicanang Malaysia kebelakangan ini. Hasil perbincangan beliau dengan pemilik Tesla, Elon Musk turut membuka peluang untuk Starlink, penyedia perkhidmatan internet satelit untuk bertapak di Malaysia.

[Sumber: Berita Harian]

Tags: Anwar IbrahimBlackBerry
Najib

Najib

POPULAR

BlackBerry berminat buka Pusat Keselamatan Siber pertama Asia Pasifik di Malaysia

BlackBerry berminat buka Pusat Keselamatan Siber pertama Asia Pasifik di Malaysia

17 October 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN