• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayaran maksimum STR 2024 RM3,700 tapi adakah anda layak dapat jumlah tu?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:38 pm
  • 17/10/2023
  • Komen
Belanjawan 2024: STR ditambah RM2 bilion, kadar minimum naik ke RM500 dan maksimum RM3,700 untuk 9 juta penerima
Share on FacebookShare on Twitter

Pemberian bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pastinya menjadi antara perkara yang dinanti ramai rakyat setiap kali tibanya pembentangan Belanjawan setiap tahun, khususnya golongan B40. 

Berdasarkan Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas (13 Oktober 2024), kadar maksimum STR akan dinaikkan kepada RM3,700 berbanding sebelum ini hanya RM3,100. 



Persoalannya sekarang, siapakah yang layak untuk menerima jumlah RM3,700 tersebut?

RM3,700 bukanlah satu jumlah yang sikit, pastinya ada yang tersenyum bahagia melihat angka tersenyum. Namun berdasarkan pecahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, ia mungkin akan mengecewakan sesetengah pihak.



Secara amnya, jumlah bantuan STR bagi tahun 2024 adalah sama seperti tahun ini. Manakala jumlah RM3,700 maksimum yang diumumkan itu adalah merupakan gabungan pembayaran STR maksimum sebanyak RM2,500 bersama bantuan SARA RM1,200.

Nilai kenaikan RM600 itu adalah pada sumbangan tambahan isi rumah miskin tegar, yang sekarang dikenali sebagai SARA, dengan jumlah nilainya menjadi RM1,200 pada 2024, berbanding RM600 pada 2023.

Penerima bayaran STR RM2,500 adalah terdiri daripada isi rumah dengan pendapatan RM2,500 sebulan atau kurang dan memiliki lima atau lebih anak. Untuk bayaran maksimum SARA pula adalah untuk penerima yang dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar.

Bagaimana pula dengan kadar minimum untuk golongan belia bujang yang dinaikkan kepada RM500 daripada RM350?

Peningkatan yang diumumkan Anwar itu merujuk kepada pembayaran STR RM350 yang digabungkan bersama bantuan SARA sebanyak RM150. Jadi jumlah tersebut bukanlah 100% daripada pembayaran STR semata-mata.

Jadi dah buat kira-kira anggaran STR yang akan anda dapat? 
[Sumber: malaysiakini]

Tags: Bantuan SaraBelanjawan 2024Sumbangan Tunai Rahmah
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Belanjawan 2024: STR ditambah RM2 bilion, kadar minimum naik ke RM500 dan maksimum RM3,700 untuk 9 juta penerima

Bayaran maksimum STR 2024 RM3,700 tapi adakah anda layak dapat jumlah tu?

17 October 2023
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER