• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi Ahli Parlimen ‘live’ di Dewan Rakyat, buang masa setengah jam pasang telefon

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:22 pm
  • 17/10/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Semua Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan membuat penstriman langsung di media sosial menggunakan sebarang peranti elektronik semasa menyampaikan ucapan pada sesi persidangan Dewan Rakyat.

Ketetapan itu dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagi memastikan semua Ahli Parlimen mematuhi Peraturan Mesyuarat 35 (1), di mana percakapan semua Ahli Parlimen perlu diarahkan kepada pengerusi dewan.



Menurut beliau, terdapat peningkatan trend Ahli Parlimen memasang peranti seperti telefon bimbit di meja masing-masing dan tindakan memandang peranti tersebut semasa berucap jelas tidak mematuhi peraturan berkenaan.

Bagaimanapun, ketetapan tersebut dipersoal ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang menganggap ia sebagai alasan tidak munasabah dan memohon perkara itu diteliti semula.



Sumber: YouTube Parlimen

Johari menjelaskan, platform YouTube Parlimen dan RTM sudah mencukupi dan sebarang rakaman ucapan Ahli Parlimen boleh dirujuk di sana.

Beliau turut menyarankan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati mengenai ketetapan tersebut untuk mengemukakannya kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat.

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) sering membuat siaran langsung di platform media sosial menggunakan beberapa buah peranti.

[Sumber: MalaysiaGazette, Astro AWANI]

Tags: Dewan RakyatparlimenParlimen MalaysiaTikTok
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tiada lagi Ahli Parlimen ‘live’ di Dewan Rakyat, buang masa setengah jam pasang telefon

17 October 2023
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN