• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Whoscall guna data PDRM, kini boleh kesan pemanggil Scammer di WhatsApp

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:43 pm
  • 20/10/2023
  • Komen
231020 Whoscall PDRM
Share on FacebookShare on Twitter

Hasil kerjasama antara Whoscall dengan Polis Diraja Malaysia (PRDM) membuahkan kejayaan besar dalam mengurangkan kadar panggilan penipuan dalam talian di kalangan rakyat Malaysia sebanyak 10% untuk tempoh 8 bulan.

Kerjasama yang berlangsung sejak Januari 2023 ini melibatkan perkongsian pangkalan data nombor penipuan dalam talian daripada portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKJS) PDRM kepada sistem data Whoscall.



Setakat Ogos tahun ini, Whoscall berjaya mengesan 3.1 juta panggilan palsu dan sms, dengan 318,147 daripada nombor penipuan yang dikesan adalah daripada portal JSJK PRDM yang telah diimport ke pangkalan data Whoscall.

Sekat panggilan di Whatsapp

Whoscall juga telah melancarkan ciri terbaru iaitu pengenalan panggilan tidak diketahui Whatsapp secara percuma untuk semua pengguna aplikasi ini. Ciri ini berfungsi untuk melindungi pengguna daripada kemungkinan penipuan dan panggilan palsu yang dilakukan melalui Whatsapp.



Ciri ini merupakan tambahan baharu kepada ciri URL Scanner. URL Scanner berfungsi membantu pengguna memastikan keselamatan pautan dengan cepat dan mudah, sekali gus melindungi pengguna daripada mengklik pada pautan pancingan (phishing links) data secara tidak sengaja.

Anda boleh mengaktifkan ciri ini di Whatsapp dengan langkah berikut:

  1. Dayakan notifikasi Whatsapp
  2. Dalam Whoscall, aktifkan ‘ID pemanggil WhatsApp’
  3. Ikuti tutorial berpandu dan berikan akses
  4. Aktifkan akses Whoscall untuk menghantar notifikasi

Untuk anda yang masih tidak mengetahui tentang Whoscall, ia merupakan aplikasi ID pemanggil yang dikuasakan oleh Gogolook.

Aplikasi ini telah direka bentuk dan dibangunkan secara khusus untuk bertindak sebagai barisan pertahanan pertama dengan aplikasi teknologi anti-penipuan yang dapat membantu pengguna mengelakkan panggilan penipuan dan kekal berwaspada pada setiap masa.

Pengguna Whoscall juga boleh mencari nombor telefon daripada mesej dan panggilan yang tidak diketahui daripada senarai data Whoscall dan mengenal pasti ID pemanggil dengan menggunakan aplikasinya secara percuma.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri dan kemas kini terbaru aplikasi ini, kunjungi Facebook rasmi Whoscall. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Whoscall di Apple Apps Store atau Google Play Store.

Tags: pdrmWhoscall
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231020 Whoscall PDRM

Whoscall guna data PDRM, kini boleh kesan pemanggil Scammer di WhatsApp

20 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER