• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Syarikat penerbitan akhbar mahu royalti latih ChatGPT, ada juga tuntutan hak cipta

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:07 pm
  • 23/10/2023
  • Komen
231023 chatGPT payment
Share on FacebookShare on Twitter

Sekumpulan organisasi berita sedang melakukan perbincangan dengan OpenAI, pencipta ChatGPT, untuk mendapatkan bayaran bagi setiap artikel berita yang digunakan ChatGPT.

Setakat Ogos, sekurang-kurangnya 535 organisasi berita seperti New York Times, Reuters dan The Washington Post telah memasang penyekat yang menghalang kandungan mereka daripada dikumpul dan digunakan untuk melatih ChatGPT.



Dengan kepesatan model AI, organisasi berita dan pemilik data lain menuntut bahagian pasaran yang berpotensi besar untuk AI yang dianggarkan boleh mencecah USD 1.3 trilion menjelang 2032.

Bermula April, Elon Musk mula mengenakan bayaran $42,000 (RM200,781) untuk akses pukal kepada siaran di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter selepas mendakwa syarikat AI telah menggunakan data secara haram untuk melatih ChatGPT mereka.



Selama ini, syarikat teknologi seperti Open AI telah menggunakan artikel berita secara percuma untuk membangunkan set data bagi melatih ChatGPT mengenal pasti dan bertindak balas terdapat pertanyaan manusia berkaitan dunia.

Perbincangan sedang diadakan untuk membolehkan ChatGPT boleh memaparkan pautan ke cerita berita dalam interaksinya. Perkembangan ini dipercayai dapat memberikan manfaat kepada akhbar dalam dua cara: pembayaran terus dan dengan potensi meningkatkan trafik ke laman web.

Selain tuntutan royalti, firma AI terkemuka berdepan banyak tuntutan hak cipta daripada pengarang buku individu, artis dan pengekod perisian yang menuntut ganti rugi untuk pelanggaran serta bahagian keuntungan. Kumpulan perdagangan turut mendesak penggubal undang-undang untuk hak bagi berunding secara kolektif dengan syarikat teknologi.

[Sumber: The Washington Post]

Bacaan berkaitan:

  • Google Search ada fungsi periksa tatabahasa, tapi tak boleh lawan ChatGPT
  • ChatGPT boleh diaktifkan di Siri dengan cara ini
Tags: Chatgpt
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231023 chatGPT payment

Syarikat penerbitan akhbar mahu royalti latih ChatGPT, ada juga tuntutan hak cipta

23 October 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN