• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi 5G tawar Internet “tanpa had” RM99/bulan sahaja

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:30 pm
  • 24/10/2023
  • Komen
CelcomDigi 5G tawar Internet “tanpa had” RM99/bulan sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi ada penawaran Internet 5G yang menarik. Ia agak tersembunyi dan produknya bernama 5G Home WiFi (Plan Only) yang menunjukkan anda dibekalkan kad SIM dan router Wi-Fi perlu dicari sendiri.

CelcomDigi 5G Home WiFi (Plan Only)

Berdasarkan T&C produk, 5G Home Wifi (Plan Only) ditawarkan pada harga promosi RM99/bulan. Tiada sebarang tarikh luput dinyatakan yang bermakna promosi ini berjalan sehingga diberitahu sebaliknya. Harga asal pelan tersebut adalah RM139/bulan.



Apabila anda melanggannya, anda beroleh capaian Internet 5G berkelajuan penuh “tanpa had”. Seperti biasa, ada kuota FUP dikenakan sebanyak 1,000GB dan sekiranya penggunaan melangkaui kuota kelajuan akan diturunkan kepada 512kbps sehinggalah kitara bil yang seterusnya.

Untuk mengelakkan kelajuan dihadkan, pas add-on disediakan untuk tambah kuota Internet. Pas harian ditawarkan pada harga RM10 yang berikan anda 50GB kuota dengan tempoh sah 24 jam. Ada juga pas bulanan serendah RM40 yang berikan anda 20GB kuota sepanjang kitaran bil. Perlu diingatkan yang kuota ini tidak dibawa ke bulan berikutnya dan pelan ini tidak berikan apa-apa kemudah panggilan suara.



Sewaktu mendaftar, anda diminta untuk membayar pendahuluan RM99 iaitu bil bulan pertama anda.

CelcomDigi 5G Home WiFi

Pelan ini juga ada ditawarkan beserta router Wi-Fi. Sekiranya anda berminat, ia ditawarkan pada harga RM149/bulan. Harga itu juga harga promosi yang turun daripada RM199/bulan. Kontrak yang dikenakan terhadap pelanggan adalah 24 bulan.

Anda akan terima router WiFi 5G beserta 1 kabel LAN untuk digunakan di rumah.

Sewaktu melanggan, anda turut diminta membayar pendahuluan RM480 yang akan direbatkan semula ke dalam bil telefon sebanyak RM20/bulan untuk 24 bulan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: 5gcelcomCelcomDigicelcomdigi 5g home wifidigi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

CelcomDigi 5G tawar Internet “tanpa had” RM99/bulan sahaja

CelcomDigi 5G tawar Internet “tanpa had” RM99/bulan sahaja

24 October 2023
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN