• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Samsung

Samsung gusar dengan cabaran Huawei dan Oppo, Galaxy Z Fold 6 mungkin bawakan perubahan drastik

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:01 pm
  • 24/10/2023
  • Komen
Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung antara jenama yang terkenal dengan siri telefon lipat mereka, dengan paling terbaru ini memperkenalkan Galaxy Z Fold 5. Bagaimanapun Samsung tidak mengkhususkan penghasilan telefon lipat nipis seperti pesaingnya. Tetapi sekarang, nampaknya Samsung tercabar dengan telefon boleh lipat nipsi keluaran pesaing ya seperti Huawei Mate X5, Oppo Find N3 dan Xiaomi Mix Fold 3.

Galaxy Fold 5

Ini adalah kerana, Samsung dikhabarkan sedang membangunkan telefon lipat lebih nipis daripada Galaxy Z Fold 5 yang dilancar tahun ini. Kemungkinan besar ini adalah tindak balas Samsung terhadap jenama Huawei atau Xiaomi yang mampu untuk memuatkan bateri yang lebih besar pada badan telefon lipat lebih nipis.



Huawei Mate X3
Huawei Mate X5

Sebagai penjelasan, Galaxy Z Fold 5 mempunyai bateri berkapasiti 4,400mAh dengan badan berukuran 13.4mm. Walau bagaimanapun Huawei dapat memuatkan kapasiti bateri sebesar 4,800mAh pada Mate X3 yang berukuran 11.8mm, dan bateri yang lebih besar berkapasiti 5,060mAh pada Mate X5 dengan badan senipis 11.1mm. Malah Xiaomi juga dapat memasangkan bateri 4,800mAh pada MixFold 3 pada badan 10.9mm.

Samsung juga dilihat seolah tidak membawa perubahan besar untuk telefon lipat terbaru mereka berbanding model terdahulu. Selain itu, terdapat juga sumber yang mengatakan produk Huawei terbaru adalah hasil terbaik yang mereka lakukan, manakala Samsung hanya mengenakan naik taraf minima pada telefon lipat terbaru mereka.



Huawei sememangnya tekenal dalam menawarkan telefon lipat dengan ketahanan yang kukuh seperti di Mate X3 dan Mate X5. Jadi mungkin Samsung merancang untuk membuat perubahan drastik pada beberapa bahagian lain untuk telefon lipat mereka seterusnya, yang berkemungkinan besar adalah Galaxy Z Fold 6.

Dalam masa sama, Huawei juga mungkin akan bercadang untuk mengeluarkan telefon lipat dalam kelas permulaan lebih murah pada suku pertama tahun hadapan dengan harga bawah KRW1 juta (~RM3,540).

Untuk makluman, telefon lipat paling baru yang menyertai pasaran Malaysia adalah Oppo Find N3 dengan dilancar pada 19 Oktober lalu. Harganya jauh lebih mahal daripada Galaxy Z Fold 5. Jadi, jika anda berminat untuk dapatkan sebuah Galaxy Z Fold 5, anda boleh membelinya dengan harga jualan rasminya seperti berikut:

  • 256GB – RM6,299
  • 512GB – RM6,799
  • 1TB – RM7,299

[Sumber: thelec]

Tags: Galaxy Z Fold 5samsung
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air

Samsung gusar dengan cabaran Huawei dan Oppo, Galaxy Z Fold 6 mungkin bawakan perubahan drastik

24 October 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN