Baru-baru ini ada beberapa penyedia perkhidmatan Internet telah mengemas kini harga penawaran jalur lebar tetap mereka bagi mematuhi dokumen Mandatory Standard on Access Pricing. Jadi untuk edisi Oktober 2023, saya kongsikan kepada anda 5 pelan jalur lebar terbaik untuk bajet RM150.
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150 (Mac 2023)
Unifi ada penawaran beserta TV termurah
Unifi, juara convergence Malaysia yang ada jalur lebar tetap, penstriman TV, internet mudah alih dibawah satu payung, pastinya ada sesuatu untuk anda. Untuk bajet RM150/bulan, pelan pertama yang anda boleh pertimbangkan adalah Unifi 300Mbps berharga RM139/bulan.
Dengan pelan ini, anda beroleh capaian Internet 300Mbps. Tapi perlu diingatkan itu kelajuan muat turn sebab kelajuan muat naik 50Mbps sahaja. Ia dipanggil kelajuan tak simetri. Itu memang sudah diamalkan Unifi sejak dulu lagi. Content creator, nanti jangan pergi marah Unifi pula bila muat naik perlahan ye. 50Mbps lebih kurang 6.25 MB/s.
Jadinya muat turun fail 1GB ambil masa 27 saat, muat naik 1GB ambil masa sekitar 3 minit. Dalam keadaan ideal ya. Tidak ambil kira lagi kalau peranti-peranti lain yang sesakkan trafik internet, isyarat wifi yang tak kuat, dan macam-macam faktor lagi. Untuk rujukan anda 1MB/s adalah bersamaan dengan 8 Mbps.
Nak lagi murah? Ada. Pelan Unifi 100Mbps boleh anda langgan pada harga RM99/bulan. Dengannya, anda beroleh akses 100Mbps (50Mbps muat naik) beserta seunit router Wi-Fi 5. Malangnya, tiada kemudan panggilan suara diberikan. Kontrak, macam biasa 24 bulan.
Buat golongan-golongan tertentu, anda juga boleh pertimbangkan untuk langgan pakej Rahmah Kasih Sayang 30Mbps. Ia terbuka kepada warga emas, orang kelainan upaya, isi rumah B40, pesara tentera, polis, dan APMM.
Seperti namanya, pelanggan dapat capaian Internet 30Mbps (muat naik 10Mbps) dan router Wi-Fi 5 dan kontark 24 bulan.
Andainya anda perlukan Internet dan juga perkhidmatan penstriman, anda bolehlah lihat pada pelan 100Mbps dengan Unifi TV harganya RM144.90. Memang lebih sikit bajet bila ambil kira cukai SST 6% iaitu pada RM153.60. Tapi, anda dapat Univi TV dengan pek Movie dan langganan Disney+ Hotstar.
Harga kalau anda langgan Disney+ Hotstar di luar adalah lebih kurang RM20/bulan. Untuk Unifi TV, anda akan dapat Unifi TV Box, last sekali saya check ada 32 saluran semuanya. Peminat MotoGP, F1, dan kejohana bola sepak Eropah selain EPL, anda bolehlah tambah pelan sukan yang sedang dalam promo RM29.90/bulan.
Nak EPL, mahu tidak mahu kena langgan melalui Astro juga kerana mereka pemegang hak ekslusif penyiaran.
TIME untuk pelan 500Mbps termurah
TIME dengan Unifi mereka bersaing rapat antara satu sama lain. TIME ada pelan 500Mbps dan ia adalah yang termurah dalam senarai ini iaitu RM139/bulan. Malahan ada promo yang berikan anda rebat selama 6 bulan. Sepanjang tempoh tersebut, anda cuma perlu bayar RM99 sahaja dan kalau anda langgan secara dalam talian, bil bulan pertama adalah percuma.
6 bulan pertama RM99, bulan ke-7 dan seterusnya RM139. Oklah jimat sekurang-kurangnya RM240 tu. Anda juga dapat router Wi-Fi 6 dan juga seunit nod mesh Wi-Fi 6. Sesuai untuk kediaman dua tingkat untuk pastikan isyarat Wi-Fi kekal kuat di seluruh rumah. Menariknya dengan pelan TIME ini adalah halaju capaiannya adalah simetri iaitu kelajuan muat turun 500Mbps kelajuan muat naik pun 500Mbps.
Anda juga ada pilihan untuk langgan pelan 100Mbps pada harga RM99/bulan dan ada juga promo rebat bulan pertama. Anda juga dapati router Wi-Fi 6 tapi tiada nod mesh diberikan.
CelcomDigi kalau ada elaun telco dari tempat kerja
Sekiranya anda pelanggan pascabayar CelcomDigi dengan pelan RM60 dan keatas, jalur lebar CelcomDigi boleh anda pertimbangkan kerana anda berpeluang untuk langgan jalur lebar 300Mbps pada harga purata RM97/bulan sahaja. Ya, memang harga purata dan penawaran ini agak memeningkan dan tak seperti biasa. Jadi anda kena baca T&C betul-betul.
Harga asal pelan jalur lebar 300Mbps CelcomDigi adalah RM139. Mereka berikan rebat RM10 untuk jadikan RM129/bulan. Kemudian sebagai salah satu promo pelancaran, mereka bagi lagi rebat 6 bulan percuma. Jadinya, anda guna Internet secara percuma untuk 6 bulan.
Bila bulan ke tujuh, anda mula bayar RM129 kepada CelcomDigi dan secara efektifnya, anda hanya bayar RM129 untuk 18 bulan sahaja untuk pengunaan 24 bulan iaitu tempoh kontrak. Dari situlah CelcomDigi dapat RM97/bulan. Sangat berguna kalau syarikat tempat anda bekerja ada peruntukkan untuk pelan telco.
Maxis beri data telfon tanpa had
Maxis pun macam telco CelcomDigi, tawarkan pelan jalur lebar yang menguntungkan pelanggan servis telco mereka. Jadi, ia sangat berguna kalau syarikat anda beri peruntukkan langganan pelan telco. Contohnya, anda ada pelan Maxis Postpaid 79, pelan yang termurah sekali. Untuk pelan ini, anda dapat kuota Internet 80GB (5G/4G) dan 40GB (5G).
Kalau anda pilih untuk langgan Maxis Home Fibre, kuota tersebut akan jadi tanpa had secara automatik. Anda ada dua pilihan Maxis Home Fibre untuk dipertimbangkan iaitu 100Mbps pada harga RM129/bulan dan 30Mbps pada harga RM89/bulan. Kontrak seperti biasa, 24 bulan.
Astro untuk pengalaman multimedia terbaik
Astro penyedia perkhidmatan TV satelit terunggul tanah air. Mereka kini dah ada jalur lebar dan untuk bajet RM150, anda ada dua pilihan. Pilihan yang pertama Astro Fibre 100Mbps RM119. Penawarannya mudah sahaja, anda dapat router Wi-Fi 6.
Opsyen yang kedua adalah Astro Fibre 50Mbps RM139.99. Ya, lagi mahal daripada pelan 100Mbps tadi sebab anda wajib ambil Astro Primary Pack. Selain Internet, anda juga boleh tonton 77 saluran asas yang disediakan dan juga akses Astro Go untuk 2 penstriman selari.
Kalau anda langgan pelan ini, ada beberapa promo yang boleh anda manfaatkan untuk maksimumkan pengalaman Internet anda di Astro.
Yang pertama, sehingga 31 Januari 2024, setiap langganan baharu akan dapat rebat Astro Fibre untuk bil pertama anda.
Kemudian, anda boleh manfaatkan ciri Astro Multiroom Smart TV app dengan bayaran bulanan RM14.99. Dengan ciri ini, anda boleh tonton Astro di TV pintar, tak perlukan Astro Ultra Box ataupun Ulti Box dan saluran yang anda boleh tonton adalah sama dengan saluran yang dilanggan prinsipal anda.
Lepas tu, jangan lupa juga untuk guna Astro Go, juga untuk tonton kandungan Astro di telefon pintar.