• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acara Apple ‘scary fast’ pada 30 Oktober, dijangka perkenal iMac M3

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:13 am
  • 25/10/2023
  • Komen
231025 Apple Event
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis khas ‘Scary Fast’ pada bulan ini. Acara itu telah ditetapkan pada 30 Oktober 2023, pada pukul 5 petang, waktu Pasifik. Ia bersamaan dengan hari Isnin, 31 Oktober 2023, pukul 8 pagi waktu Malaysia.

Jika berminat untuk menonton majlis pelancaran ini, anda boleh menyaksikannya menerusi laman web Apple.com, aplikasi Apple TV atau saluran YouTube Apple.



It’s official! Apple will announce new products at the #AppleEvent on October 30th at 5 p.m. PDT! 🚨

Are you excited? pic.twitter.com/17YyUPg210

— Apple Hub (@theapplehub) October 24, 2023

Buat masa ini, Apple tidak menyatakan apakah produk yang bakal diperkenalkan. Namun berdasarkan spekulasi, terdapat potensi pelancaran peranti iMac baharu yang dilengkapi dengan cip M3 yang lebih berkuasa. Malah daripada laman web acara Apple memaparkan logo Apple pada latar belakang hitam berubah kepada ikon Mac Finder, menguatkan lagi anggapan tersebut.

Bagaimanapun, desas-desus mengenai iMac baharu sudah lama kedengaran. Lebih-lebih lagi terdapat laporan mengatakan penjualan Mac menurun tahun ini. Jadi dengan pengenalan iMac ini dipercayai akan meningkatkan semula permintaan Mac.



Mengikut perancangan asal Apple, selepas selepas pelancaran iMac M1 24 inci pada 2021, Apple akan memperkenalkan versi iMac Pro yang lebih besar dengan cip M2, sebelum iMac M3. Namun disebabkan masalah melibatkan kewangan, maka iMac Pro terpaksalah ditangguhkan.

Jadi adakah iMac M3 ini akan jauh lebih hebat atau setara dengan iMac M1? Ini kena tunggu jika benar ia dilancarkan nanti.

[Sumber: Apple, CNN]

Bacaan berkaitan

  • Apple Watch Series 9 & Watch Ultra 2 dah masuk Malaysia, ini yang perlu anda tahu sebelum beli
  • Langkau cip M2, Apple iMac M3 mungkin dilancarkan hujung Oktober 2023?
  • iPad Pro baharu berkuasa Apple M3 dan skrin OLED akan tiba seawal Mac 2024?
Tags: appleApple iMacApple Scary Fast
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
231025 Apple Event

Acara Apple ‘scary fast’ pada 30 Oktober, dijangka perkenal iMac M3

25 October 2023
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN