Neta V dilancarkan di Malaysia, sekali lagi. Kalau anda masih ingat, EV ini pernah kami kongsikan dengan anda sewaktu ia dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023 tempoh hari. Kami juga ada buat r keeviu atas kereta ini yang boleh anda tonton di YouTube.
Harga Neta V di Malaysia
Neta V di Malaysia diselaraskan harganya. Sewaktu diumumkan kali pertama, harganya adalah RM99,800 tapi kali ini harganya naik kepada RM100,000.
Memang ada kenaikan sebanyak RM100, namun ada beberapa pembaharuan dibawakan dan beberapa perkara menarik dimasukkan ke dalam harga itu.
Antara yang bakal anda terima adalah seunit Home Charger termasuklah kos pemasangan. Anda juga beroleh kabel V2L, but elektrik, filem penghalang cahaya, pembasmi CO2, dan insurans.
Neta V dilindungi jaminan selama 8 tahun atau 180,000km untuk kelengkapan EV-nya. Kemudian, bahagian lain dilindungi jaminan sehingga 10 tahun ataupun sehingga 200,000km.
Spesifikasi Neta V
Selain daripada bodykit, Neta V secara asasnya sana sahaja dengan saja yang saya dan anda lihat sewaktu Malaysia auto show 2023 tempoh hari.
Pada segi fizikaliti, Neta V adalah saing-saing kepada Ora Good Cat. Besar sedikit sahaja daripada Myvi. Tapi perlu diingati yang EV. Jadi, bahagian lantai sebahagian besarnya akan diisi oleh bateri lantas jadikan kereta ini sedikit tinggi berbanding kereta petrol biasa.
Neta V dipacu motor tunggal di bahagian depan yang membuahkan 94hp dan daya kilas 150Nm. Ia tidaklah mengagumkan kerana kereta petrol lain ada angka sekitar itu.
Pecutan daripada pegun kepada 50km/j adalah 3.9 saat. Kelajuan maksimum berdasarkan spesifikasi adalah 120km/j.
Neta V memiliki tangki bateri yang tidaklah terlalu besar. Tapi disebabkan ia cuma seberat 1.2 tan, bateri berkapasiti 38.5kW yang dimilikinya boleh membawanya sejauh 384km berdasarkan piawaian NEDC. Jadi, jangkakan penggunaan dunia sebenar sekitar 300km.
Bila dicas, Neta V menyokong sumber kuasa arus DC setinggi 100kW. Ia dicas daripada 30 kepada 80% dalam masa 30 minit. Pengecas arus AC pula boleh mengisi bateri dalam masa 6 jam pada paras 7kW.
Di bahagian dalam, kereta ini ada sistem inforia tapi tidak menyokong Apple CarPlay ataupun Android Auto. Sedikit berita baik, sistem inforia kereta ini dikuasakan Android 9. Makanya, ada potensi untuk yang tahu-tahu untuk lakukan sideload APK.
Tidak banyak butang boleh anda temukan pada kereta ini. Makanya, kebanyakan fungsi perlu diakses menggunakan skrin sesentuh inforia. Ciri-ciri bantu pandu juga terhad. Tiada adaptive cruise control apatah lagi lane keep assist. Asasnya, ciri keselamatannya setara Proton Saga versi asas.
Banyak yang perlu dikorbankan untuk anda nikmati manfaat EV. Tapi, adakah ia berbaloi untuk harga RM100,000? BYD Dolphin pun harga sekitar ini tapi ciri pintarnya jauh lebih banyak daripada kereta ini. Nampak seperti Neta V ini ditekan polisi kerajaan yang tak benarkan penjualan EV bawah RM100,000