• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Harga langganan Apple One naik RM5/bulan, yang terendah bermula RM34.90

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:43 pm
  • 26/10/2023
  • Komen
Apple naikkan harga pelan Apple One sehingga 50% lebih mahal
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas setahun harga langganan Apple One dinaikkan, Apple sekali lagi menaikkan harga untuk pelan Apple One mereka. Selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengalami kemaskini harga ini termasuklah Amerika Syarikat.

Berikut adalah senarai harga langganan baharu bagi pelan Apple One:



  • Apple One Individu – RM34.90 (sebelum ini RM29.90, naik rm5)
  • Apple One Keluarga – RM44.90 (sebelum ini RM39.90, naik rm5)
  • Apple One Premier – RM84.90 (sebelum ini RM78.90, naik rm6)
Harga lama
Harga baharu

Kenaikan harga ini akan berkuat kuasa untuk pengguna baru. Jika anda telah melanggan Apple One, kenaikan kadar baharu ini akan dilihat pada kitaran bil seterusnya.

Bagi mereka yang tidak mengetahui perbezaan antara pelan Apple One ini adalah pelan Individu menyediakan gabungan langganan Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud+ 50GB. Pelan Keluarga juga menggabungkan langganan yang sama tetapi dengan iCloud+ yang lebih besar 200GB dan membolehkan perkongsian bersama 5 ahli keluarga lain.



Untuk pelan Premier, ia ditambah langganan Apple Fitness+ yang sesuai buat mereka yang gemarkan aktiviti senaman dan kecergasan. Selain mendapat saiz iCloud+ yang jauh lebih besar iaitu 2TB, pelan ini juga boleh dikongsi bersama 5 ahli keluarga lain.

Sebelum ini, Apple juga telah menaikkan harga langganan iCloud+. Ini di mana penawaran paling tinggi, 2TB dinaikkan harga daripada RM39.90 kepada RM44.90, iaitu penambahan RM5 sebulan.

Bacaan berkaitan:

  • Harga iCloud+ naik RM5/bulan, mujur harga Apple One kekal
  • Apple Watch Series 9 & Watch Ultra 2 dah masuk Malaysia, ini yang perlu anda tahu sebelum beli
  • Kenderaan berkamera Apple jelajah Malaysia seawal Oktober 2023. Pesaing Google Street akan tiba ke Malaysia?
Tags: appleApple One
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Apple naikkan harga pelan Apple One sehingga 50% lebih mahal

Harga langganan Apple One naik RM5/bulan, yang terendah bermula RM34.90

26 October 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER