• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G akan tawarkan iPhone 15 dari serendah RM21/bulan mulai 3 November, apa rahsianya?

  • OLEH Najib
  • 4:16 pm
  • 26/10/2023
  • Komen
Yes 5G akan tawarkan iPhone 15 dari serendah RM21/bulan mulai 3 November, apa rahsianya?
Share on FacebookShare on Twitter

Yes 5G telah memberi petunjuk akan menjual siri iPhone 15 sebelum pelancaran telefon tersebut tetapi ia masih tidak kelihatan sehingga kini. Tetapi penantian tersebut akan berakhir kerana Yes 5G telah mengumumkan tarikh jualannya.

Orang ramai akan boleh mendapatkan telefon pintar siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro yang baharu dengan Yes 5G, mulai hari Jumaat, 3 November 2023. Masih tiada maklumat dikongsikan tetapi harga dan butiran lengkap mengenai pelan yang terlibat akan diumumkan sehari lebih awal pada hari Khamis, 2 November 2023.



Tetapi ada sedikit petunjuk telah diberi. Yes 5G menyatakan, mereka akan menyediakan pelan ansuran bulanan terendah untuk siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro bersama pelan Yes Infinite+ yang memiliki panggilan, kelajuan dan data 5G tanpa had serta tiada polisi penggunaan saksama (FUP).

Dari gambaran yang diberikan, iPhone 15 akan ditawarkan dari serendah RM21/bulan manakala iPhone 15 Pro dari RM51/bulan. Mungkin tawaran ini untuk pelan termahal Infinite+ Ultra RM178/bulan dan diikat kontrak 36-bulan atau 3-tahun. Untuk perbandingan, Galaxy S23 ditawarkan hanya RM30/bulan dengan pelan Yes Infinite+ Ultra RM178/bulan dan kontrak 36-bulan.



Anda boleh menjadi yang terawal mendapat maklumat mengenai tawaran iPhone 15 di Yes 5G dengan mendaftar minat di sini: https://www.yes.my/iPhone/

Bacaan berkaitan

  • Harga iPhone 15 lebih mahal di Malaysia, boleh ditempah mulai 22 September
  • iPhone 15 Pro: 5 perkara yang anda perlu tahu
  • iPhone 15 dinaik taraf dengan kamera 48MP zum 2x telefoto, Dynamic Island dan USB-C
  • iPhone 15 Pro lebih berkuasa main game, ada kamera telefoto 10x zum dan USB-C terpantas
Tags: appleiphoneiphone 15iphone 15 proYESyes 5g
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Yes 5G akan tawarkan iPhone 15 dari serendah RM21/bulan mulai 3 November, apa rahsianya?

Yes 5G akan tawarkan iPhone 15 dari serendah RM21/bulan mulai 3 November, apa rahsianya?

26 October 2023
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER