• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tune Talk lancar Pek Epik! dengan 5G, panggilan tanpa had dan data “tanpa had” sehingga 500GB

  • OLEH Najib
  • 1:13 pm
  • 28/10/2023
  • Komen
Tune Talk lancar Pek Epik! dengan 5G, panggilan tanpa had dan data “tanpa had” sehingga 500GB
Share on FacebookShare on Twitter

Penyedia perkhidmatan talian mudah alih maya (MVNO), Tune Talk telah melancarkan tawaran prabayar baru yangn dipanggil Pek Epik!. Ia juga adalah tawaran 5G pertama dari TuneTalk. Pek Epik! telah disusun untuk memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai, terutama yang gemar melayari aplikasi khusus dan kandungan video. Tambah menarik, semua pelan Epik! datang bersama panggilan tanpa had ke semua talian tempatan.

Dari laman web Tune Talk Epik!, pengunjung disajikan dengan senarai data yang melimpah, antaranya internet 5G tanpa had, aplikasi sosial, chat dan video tanpa had, atau kuota sebanyak 500GB. Bagaimanapun, ia perlu diperhalusi dan difahami oleh pengguna untuk mencari pelan mana paling sesuai untuk kegunaan mereka, kerana ada banyak lapisan kuota khusus.



Tune Talk EpikCall 20

Pelan termurah dalam Pek Epik! adalah EpikCall 20 berharga RM20/bulan. Ia menawarkan 10GB data 4G berkelajuan tinggi, serta data tanpa had untuk chat dan navigasi (WhatsApp, WeChat, Google Maps). Pelan ini dilihat menepati keperluan pekerja penghantaran dan pandu seru, yang banyak menggunakan panggilan, sembang dan navigasi.

Jika diselami lebih mendalam di bahagian terma dan syarat, EpikCall 20 menyediakan penstriman video definisi standard (360p) untuk aplikasi YouTube, Netflix dan Facebook. Manakala data tanpa had untuk chat dan navigasi pula ada polisi penggunaan saksama (FUP) sebanyak 50GB dan kualiti SD. Selain itu, kuota 10GB ini turut boleh digunakan untuk hotspot.



Tune Talk Epic 35

Bagi pelan Epik 35 berharga RM35/bulan, ia memiliki 30GB data 4G berkelajuan tinggi serta data tanpa had bagi kegunaan sosial, chat dan video. Untuk hotspot pula, ia diberikan kuota berasingan sebanyak 5GB.

Bagaimana pula kuota 130GB yang disebut ada di Epik 35? Ia sebenarnya adalah FUP sebanyak 100GB bagi penggunaan tanpa had sosial, chat dan video. Antara aplikasi yang tertakluk di bawah penggunaan tanpa had ini adalah TikTok, Instagram, YouTube, Netflix, X, WhatsApp, WeChat, Viber, Line, Viu, Astro Go dan iQiyi.

Bahagian terma dan syarat pula menerangkan, FUP 100GB tersebut menyediakan pengalaman berinternet definisi tinggi (HD) pada resolusi 720p. Ia juga hanya untuk kegunaan aplikasi dalam peranti sahaja, tidak termasuk penggunaan platform serupa di hotspot.

Tune Talk Epic 5G 45

Ini adalah pelan 5G pertama Tune Talk, berharga RM45/bulan. Ia disenarakan dengan 30GB data berkelajuan tinggi untuk 4G dan 5G, bersama bonus data 5G tanpa had. Tetapi bonus ini ada FUP 50GB sebulan. Malah, kelajuan 5G hanya sehingga 100Mbps sahaja.

Sebagai promosi pengenalan, Tune Talk memberi FUP lebih tinggi untuk bonus 5G tanpa had iaitu sebanyak 70GB, sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Apabila kuota bonus ini habis digunakan sehingga mencapai FUP, barulah ia menggunakan kuota 30GB. Untuk hotspot, ia turut menggunakan kuota 30GB.

Tune Talk Epik 50

Pelan termahal dan kuota terbesar 500GB data 4G dalam Pek Epik! ini berharga RM50/bulan. Hotspot pula diberikan kuota berasingan 5GB sahaja. Selain itu, kuota 500GB sebenarnya berkelajuan 6Mbps sahaja dan menyediakan pengalaman berinternet definis tinggi (HD).

Tawaran Tune Talk untuk Epik 50 ini nampaknya lebih tepat berbanding pelan “tanpa had” dengan FUP dinyatakan secara tersembunyi. Ia harus jadi ikutan telco yang lain.

Semua pek Epik tadi disertakan bersama 10GB Internet Asas yang berkelajuan 256kbps, digunakan jika semua kuota data habis digunakan. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terbaru ini, layari laman Prabayar Epik Tune Talk.

Tags: tunetalkTuneTalk Epik
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk lancar Pek Epik! dengan 5G, panggilan tanpa had dan data “tanpa had” sehingga 500GB

Tune Talk lancar Pek Epik! dengan 5G, panggilan tanpa had dan data “tanpa had” sehingga 500GB

28 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER