• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Xiaomi

Berbaloi ke nak naik taraf ke Xiaomi 13T dari Xiaomi 12T?

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:40 pm
  • 30/10/2023
  • Komen
Berbaloi ke nak naik taraf ke Xiaomi 13T dari Xiaomi 12T?
Share on FacebookShare on Twitter

Pada September lepas, Xiaomi ada lancarkan siri Xiaomi 13T. Ia berada dalam kelas pertengahan ke flagship, dan datang dalam dua model Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro. Namun, untuk pengguna yang baru mendapatkan Xiaomi 12T sekitar tahun ini, pasti tertanya adakah berbaloi untuk menaik taraf ke Xiaomi 13T, dan banyak ke perbezaan antara MediaTek Dimensity 8200 ultra dan Dimensity 8100 Ultra?

Bermula dengan harga pelancaran, Xiaomi 13T diperkenal pada harga yang sama seperti Xiaomi 12T untuk varian RAM 12GB dan storan 256GB pada harga RM1,999. Pada harga itu, Xiaomi 13T menggunakan cip Dimensity 8200 Ultra. Ia memiliki 1 teras berprestasi tinggi Cortex A78 3.1 GHz, 3 teras Cortex A78 3GHz dan 4 teras cekap tenaga Cortex A55 2 GHz yang dihasil dari proses 4nm. Berbanding Dimensity 8100 Ultra di Xiaomi 12T, ia menggunakan proses 5nm dan memiliki 4 teras Cortex A78 berkelajuan 2.85Ghz, dan 4 teras Cortex A55 2GHz jimat tenaga. 



Jadi, prestasi Dimensity 8200 Ultra di Xiaomi 13T ini lebih laju, serta diperbuat dari proses nanometer yang lagi kecil, di mana ia dapat mengurangkan haba yang terhasil serta lebih jimat tenaga. Untuk GPU, kedua-dua cip ini menggunakan GPU Mali G610 MP6 yang sama. Sungguhpun begitu, GPU di Dimensity 8200 ini ada kelajuan lebih pantas kerana mencapai kelajuan 950 MHz dan 1442 gigaflops. Jadi anda boleh jangka prestasi grafik yang lebih baik di Xiaomi 13T.

Xiaomi 12T
Xiaomi 13T

Kedua-dua telefon ini menggunakan skrin AMOLED 6.67 inci. Tapi kecerahan skrin Xiaomi 13T lebih cerah mencapai sehingga 2600 nits, serta ada kadar penyegaran lebih laju 144Hz. Xiaomi 12T pula ada kecerahan 900 nits, dan skrin 120Hz. Naik taraf besar adalah pada sistem pengimejan di Xiaomi 13T, dengan dilengkapi sistem penjenamaan Leica yang biasa ada di siri flagship Xiaomi, dan kini memiliki kamera telefoto 50MP. Xiaomi 12T tiada Leica, dan juga tiada kamera telefoto.



Namun, pengecasan di Xiaomi 12T ini jauh lagi pantas pada 120W, berbanding 67W di Xiaomi 13T. Tapi, kalau turun taraf ke pengecasan 67W sekalipun, ia tak adalah beri perubahan besar sangat kerana 67W masih dikira pantas. Ambil masa 42 minit untuk penuh. Kapasiti bateri pada kedua-dua telefon sama je 5,000mAh, dan tahap kekalisan air di Xiaomi 13T adalah IP68, manakala Xiaomi 12T ada IP53.

Melihat pada senarai spec tadi, ternyata Xiaomi 13T lagi hebat, kerana ada naik taraf besar. Jadi pada hemat saya, kalau anda dah beli Xiaomi 12T sekitar tahun ini, masih berbaloi untuk anda menaik taraf ke Xiaomi 13T kerana cip dan skrinnya lebih baik, ada kamera Leica, kalis air debu IP68 dan menerima kemaskini Android selama 5 tahun. Kalau anda terfikir nak beli antara dua telefon ini, tak perlu fikir panjang dan ambil sahaja Xiaomi 13T.

Tags: xiaomixiaomi 12tXiaomi 13T
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Berbaloi ke nak naik taraf ke Xiaomi 13T dari Xiaomi 12T?

Berbaloi ke nak naik taraf ke Xiaomi 13T dari Xiaomi 12T?

30 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER