• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shake Shack: Anda dah bersedia untuk burger RM30 tanpa kentang sebagai sampingan?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:34 am
  • 30/10/2023
  • Komen
Shake Shack: Anda dah bersedia untuk burger RM30 tanpa kentang sebagai sampingan?
Share on FacebookShare on Twitter

Shake Shack bakal masuki Malaysia. Ia diumumkan melalui saluran media sosial rasmi merek dan lokasi pertama mereka adalah di Menara Exchange 106 (TRX). Tapi sebelum anda mula beratur, saya rasa ini bukanlah santapan untuk semua kerana harganya agak kayangan, walaupun ia berkonsepkan makanan segera. Siapakah Shake Shack?

Sumber

Satu fakta yang menarik perlu anda tahu adalah jenama Shake Shack memulakan operasinya dari pedati beroda di Madison Square Park, New York dalam tahun 2001, tahun berlakunya peristiwa runtuhnya bangunan Pusat Perdagangan Dunia (WTC).



Sumber

Dalam masa 22 tahun penubuhan, jenama itu kini beroperasi di lebih 262 lokasi dalam Amerika Syarikat dan di lebih 141 negara.

  • April 2019 – cawangan Singapura di buka. ini adalah cawangan antarabangsa pertama Shake Shacks – Sumber
  • May 2019 – cawangan Fillipina di buka, ini adalah negara Asia Tenggara kedua selepas Singapura – Sumber
  • Mac 2023 – cawangan Thailand dibuka untuk jadi negara Asia Tenggara ketiga – Sumber

Ramai menganggapnya sebagai salah satu jenama makanan segera paling pantas bertumbuh dalam sejarah. Bukan itu sahaja, ia disenaraikan di bursa saham dalam bulan Januari 2015 dan harga penawaran sesaham naik daripada USD21 kepada USD47 dalam masa sehari sahaja. Ia kini didagangkan pada paras sekitar USD55.



Kali terakhir kita dengar jenama makanan segera A.S masuki Malaysia adalah Five Guys yang cawangan pertamanya dibuka di Genting Highlands dalam bulan Oktober 2021 dan cawangan kedua di Pavillion. Ia adalah jenama yang lebih “otai” kerana dilancarkan dalam tahun 1986 dan harganya adalah premium untuk hidangan makanan segera.

Burger tanpa sebarang hidangan sampingan dijual pada harga bermula RM23.

Little Hamburger di Five Guys

Jangkakan Shake Shack mempunyai penawaran yang hampir serupa. Berdasarkan menu yang anda boleh rujuk untuk pasaran Thailand dan Singapura. Di Thailand, burgernya ditawarkan pada harga bermula bermula THB230 (RM30).

Pengunjung Shake Shack di Singapura pula membayar pada harga bermula SGD9.20 (RM32) untuk satu burger.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan sekiranya anda ambil kira lokasi tempatnya dibuka. Menara Exchange 106 adalah lokasi premium yang dipenuhi pekerja-pekerja luar negara dan pastinya ada dalam kalangan mereka berasal daripada A.S. Jadi, berapalah sangat harga perlu dibayar untuk berasa seperti berada di negara sendiri.

Sekiranya anda berasa ini mahal, anda bukanlah golongan sasaran jenama ini.

Sumber: Gambar Pemuka

Tags: burgerfive guysshake shack
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Shake Shack: Anda dah bersedia untuk burger RM30 tanpa kentang sebagai sampingan?

Shake Shack: Anda dah bersedia untuk burger RM30 tanpa kentang sebagai sampingan?

30 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER