• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas RapidKL My50 dan MyCity dah boleh beli dalam talian, tapi tak boleh terus guna?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:26 pm
  • 06/11/2023
  • Komen
231106 Pas MyRapid Online
Share on FacebookShare on Twitter

Semua pengguna pengangkutan perkhidmatan awam RapidKL, pastinya berasa lega apabila mendapat tahu bahawa anda kini boleh membeli pas My50 dan MyCity secara dalam talian. Tapi hakikatnya ia tidaklah selancar yang anda bayangkan. Nanti saya akan terangkan kenapa.

Dapatkan pas di kaunter & aplikasi

Selain daripada mendapatkan pas di kaunter perkhidmatan pelanggan di stesen kereta api RapidKL dan hab bas terpilih, anda kini boleh membeli pas MY50 dan MyCity menerusi kedai dalam talian MyRapid Shop atau aplikasi MyRapid Pulse yang boleh dimuat turut melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.



231106 Pas MyRapid Online

Dengan pas My50 – yang bernilai RM50, anda boleh menikmati perjalanan menggunakan perkhidmatan RapidKL di Lembah Klang tanpa had seperti:

  • LRT
  • MRT
  • Monorel
  • BRT RapidKL
  • Bas RapidKL 
  • Bas pengantara MRT 

Anda juga boleh membeli pas MyCity yang berharga RM5 untuk satu hari dan RM15 untuk tiga hari. Ia turut menawarkan faedah yang sama tetapi untuk tempoh lebih singkat.



Aktifkan pas terlebih dahulu

Daripada perkongsian di atas, segalanya nampak mudah, bukan? Beli pas secara dalam talian dah selesai. Lancar tanpa ada masalah pun.

Untuk proses pembelian pas, sememangnya tiada masalah. Pun begitu, pas tersebut tidak boleh terus digunakan selepas dibeli. Eh, kenapa pula?

231106 Pas MyRapid Online

Berdasar Soalan Lazim, selepas membeli pas, anda perlu mengaktifkannya melalui kaunter perkhidmatan pelanggan yang disebutkan di atas. Ini kerana pas yang dibeli tidak secara automatik dimasukkan ke dalam MyKad atau kad Touch ‘n Go anda. 

Inilah kelemahan utama sistem ini. Walaupun tujuan utama pembelian secara atas talian adalah untuk memudahkan pengguna, namun dalam situasi ini, ia tidak kelihatan seperti itu. Apa bezanya dengan membeli pas terus di kaunter? Tiada bezanya, kerana anda masih perlu ke kaunter untuk mengaktifkan pas. Jadi keadaannya sama sahaja jika anda terus membeli pas di kaunter.

Masalah perlu mengaktifkan pas di kaunter ini mungkin disebabkan kerana pas My50 dan MyCity hanyalah ditawarkan kepada rakyat Malaysia dan mungkin tiada cara untuk mengesahkan kewarganegaraan pengguna melalui aplikasi MyRapid Pulse atau MyRapid Shop. Tapi kalau ada sekali pun, untuk pas yang masih menggunakan sistem Touch ‘n Go mungkin masih perlu diaktifkan di kaunter bagi pengesahan kewarganegaraan.

[Sumber: MyRapid, MyRapid FAQ]

Tags: Apple App StorebrtBRT RapidKLgoogle play storeHuawei AppGallerylrtmonorelMRTMyRapidMyRapid PulseMyRapid Shoppas My50Pas MyCityRapidKL
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231106 Pas MyRapid Online

Pas RapidKL My50 dan MyCity dah boleh beli dalam talian, tapi tak boleh terus guna?

6 November 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN