• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro tambah lima saluran percuma untuk pelanggan Sooka & NJOI

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:50 pm
  • 09/11/2023
  • Komen
231109 Sooka NJOI FAST
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan Sooka dan NJOI kini dapat menikmati lima lagi saluran TV Penstriman Percuma yang dengan sokongan iklan (FAST) tanpa bayaran tambahan. Penambahan saluran ini bertujuan menyediakan pengguna dengan pilihan hiburan yang pelbagai tanpa caj tambahan.

Saluran-saluran baharu FAST yang dicipta Astro ini menawarkan campuran kandungan asli serta rancangan antarabangsa. Ia boleh diakses melalui Kotak NJOI untuk pengguna NJOI dan peranti mudah alih & TV pintar bagi pengguna Sooka. 



231109 Sooka NJOI FAST

Antara saluran yang ditawarkan Astro adalah: 

  • Filem Mantap (NJOI CH131) 
  • Drama Hebat (NJOI CH132)
  • Drama Hotpot (NJOI CH133)
  • Lawak Sentral (NJOI CH134)
  • Travel & Taste (NJOI CH135)

Tambahan saluran baharu ini akan melengkapi sepuluh saluran FAST sedia ada untukpelanggan Sooka, sekali gus meluaskan lagi pilihan pelanggan dengan lebih drama, rancangan komedi, pelancongan serta kandungan Astro seperti Spontan All Stars, Suri Hati Mr Pilot, The Rebel Princess dan Perfect Partner.



Kesemua saluran ini boleh ditonton secara percuma selepas mendaftar dengan Sooka. Jika mahukan lebih banyak kandungan premium lain, ia boleh dilanggan dengan bayaran bermula RM12.90. 

Bagi pelanggan NJOI pula yang mahukan akses lebih banyak saluran boleh membeli pek Family NJOI yang menawarkan 43 saluran premium dengan hanya RM29.90 sebulan. Pelan langganan yang ditawarkan Sooka dan NJOI ini adalah tanpa kontrak dan komitmen.

Bacaan berkaitan:

  • Daftar auto debit Astro dapat diskaun hingga 30%, boleh dapat penjimatan lebih RM600 tu
  • Sooka tawar 10 saluran menarik yang boleh ditonton secara percuma
  • Astro tambah saluran baharu khas untuk kandungan sukan wanita
Tags: astroNJOIsooka
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231109 Sooka NJOI FAST

Astro tambah lima saluran percuma untuk pelanggan Sooka & NJOI

9 November 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN