• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin MARQ Carbon Collection: Jam pintar premium dengan gaya, mutu dan keunggulan

  • OLEH Najib
  • 8:32 pm
  • 09/11/2023
  • Komen
Garmin MARQ Carbon Collection: Jam pintar premium dengan gaya, mutu dan keunggulan
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan jam pintar moden dan mewah, Garmin MARQ Carbon Collection. Ia dihasilkan daripada 130 lapisan Gentian Karbon dan titanium, dengan skrin sentuh AMOLED dan dilapisi lensa nilam yang sangat teguh. Jam MARQ Carbon Collection juga meraikan ulangtahun Garmin ke-35.

Walaupun dilancarkan di peringkat antarabangsa dalam tiga model, hanya dua model ada dijual di Malaysia iaitu MARQ Carbon Athlete dan MARQ Carbon Golfer. Satu lagi model, MARQ Carbon Commander tidak terdapat untuk pasaran tempatan.



Garmin MARQ Carbon dalam tiga wajah berbeza

Harga dan Ketersediaan

Buat yang berminat untuk memiliki jam ini, ia akan dijual di Malaysia mulai pertengahan Disember 2023. Kira-kira sebulan dari sekarang. Harga jualan rasminya di sini adalah seperti berikut:

  • MARQ Athlete (Gen 2) Carbon Edition – RM15,399
  • MARQ Golfer (Gen 2) Carbon Edition – RM16,180
Harga Garmin MARQ Carbon di Malaysia

Model terbaru Garmin MARQ ini akan boleh dibeli di pengedar sah dan Kedai Jenama Garmin, serta atas talian di AECO e-store, Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Garmin MARQ Carbon

Karbon Fiber atau Gentian Karbon merupakan bahan yang sangat teguh, kukuh dan sangat ringan. 62% lebih ringan daripada Titanium. Tetapi ia tidak mudah dipasang ke peralatan elektronik kerana ia mengubah atau menghalang signal seperti GPS, Bluetooth atau WiFi. Garmin berjaya mengatasi masalah ini dengan inovasi antena yang mampu berfungsi dengan baik bersama Gentian Karbon, sekaligus menjadikan jam sangat tahan lasak tetapi tidak membebankan pergelangan tangan.

MARQ merupakan siri jam pintar premium keluaran Garmin dan ciptaan terbaru MARQ Carbon direka daripada 130 lapisan gentian karbon dicantumkan. Setiap lapisan ini disusun dalam sudut tertentu dan ia turut melalui proses tekanan dan kepanasan untuk meningkatkan kekuatan badan. Ini juga menjadikannya sebagai model MARQ paling ringan dalam keluarganya.

Pelbagai ujian telah dilakukan untuk memastikan jam MARQ mampu berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan. Antaranya ujian air laut masin, permukaan gunung dan cuaca ekstrem, termasuk hujan, berangin, salji dan panas terik matahari.

MARQ Commander (Gen 2) – Carbon Edition

Kaca nilam merupakan kaca paling tahan lasak, digunakan sebagai lapisan di atas skrin Garmin MARQ Carbon. Ia melindungi skrin sentuh AMOLED 1.2-inci 46mm dengan fungsi skrin sentiasa hidup. Untuk tali jam, Garmin hanya memberikan tali silikon tetapi boleh diganti dengan mudah kepada tali jam 22mm yang standard.

Hayat baterinya panjang, sehingga 16 hari untuk penggunana biasa dan 42 jam dalam mod GPS berterusan. Tetapi ia tiada sokongan solar.

MARQ Commander (Gen 2) – Carbon Edition

Fungsi kesihatan dan kecergasan yang biasa di jam Garmin lain, terdapat pada model MARQ Carbon ini. Antaranya pemantau waktu tidur, laporan bangun pagi, penjejak tekanan, tenaga bateri badan, penasihat jet-lag, teknologi PacePro, jurulatih Garmin dan banyak lagi. Ia juga ada navigasi GPS berbilang jalur, peta topografi dan banyak lagi. Selain pelbagai mod sukan, ia juga kalis air sehingga 10ATM.

Jam Garmin MARQ Athlete merupakan model asas, manakala MARQ Golfer dilengkapi dengan 43,000 peta golf di seluruh dunia. Ia juga ada penasihat maya, Vritual Caddie yang boleh memberi nasihat tentang keadaan angin, ketinggian dan maklumat ketika melibas. Banyak perkara berkaitan golf dimuatkan di dalam model Golfer.

MARQ Commander (Gen 2) – Carbon Edition

Jam pintar premium ini boleh dipadankan dengan peranti iOS dan Android. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Garmin MARQ Carbon.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Tactix 7: Kalau James Bond ejen sebenar, ini mungkin jam tangan pilihannya
  • Vivoactive 5, jam pintar AMOLED termurah Garmin lengkap dengan pemantau kesihatan dan kecergasan
  • Garmin jemput peminat uji sendiri jam kecergasan terhebat, Fenix 7 Pro dan Epix Pro
Tags: garmingarmin marqGarmin MARQ Carbon
Najib

Najib

POPULAR

Garmin MARQ Carbon Collection: Jam pintar premium dengan gaya, mutu dan keunggulan

Garmin MARQ Carbon Collection: Jam pintar premium dengan gaya, mutu dan keunggulan

9 November 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER