• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Promo 11.11 Vivo: Jimat sehingga RM1,000 untuk Vivo X90, banyak hadiah menarik menanti

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:32 pm
  • 09/11/2023
  • Komen
Siri Vivo X90 akan datang ke Malaysia dalam versi Dimensity sahaja?
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda berhasrat untuk mendapatkan mana-mana telefon dalam siri Vivo X90, sekarang mungkin adalah masanya. Sempena jualan 11.11, Vivo Malaysia mengadakan tawaran menarik untuk telefon flagship mereka Vivo X90 dan X90 Pro, bermula 4 hingga 12 November 2023.

Dalam promosi ini, model Vivo X90 Pro diberikan penjimatan lebih banyak sebanyak RM1,000, manakala model Vivo X90 pula diberi diskaun RM400. Untuk lebih jelas, berikut adalah harga kedua-dua telefon ketika promosi 11.11 sedang berjalan:



  • Vivo X90 (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM3,699 RM3,299
  • Vivo X90 Pro (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM4,999 RM3,999

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan kedua-dua siri Vivo X90 dengan harga diskaun di gedung rasmi Vivo di Lazada dan Shopee, ataupun di stor atas talian Vivo.

Menariknya, pembelian siri X90 ini juga akan disertakan bersama hadiah percuma di gedung Lazada dan Shopee, dengan pembeli di Lazada akan diberikan kuali pembakar Joyoung & Set percubaan 3 barangan Clinique. Pembeli di Shopee pula akan dihadiahkan fon telinga wayarles secara percuma.



Untuk lebih penjimatan, terdapat juga pelbagai baucar yang disediakan di Lazada dan Shopee membolehkan anda untuk mendapatkannya dengan harga lebih rendah.

Spesifikasi Vivo X90 Pro

Vivo X90 Pro hadir dengan paparan sebesar 6.78”, menggunakan panel AMOLED pada resolusi FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Atas papan utama, ia diperkasa SoC Dimensity 9200 digandingkan bersama kombinasi RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.0 256GB. Teknologi Extended RAM 3.0 juga ada sekiranya RAM tersebut tidak mencukupi.

Di bahagian pengimejan, Vivo X90 Pro dilengkapi tiga buah kamera belakang. Kamera utamanya diperkasa sensor 50MP 1” dengan bukaan apertur F1.75. Kamera telefoto juga turut menggunakan sensor 50MP IMX758, bersama kamera ultralebar 12MP. Di hadapan terletaknya kamera selfie 32MP.

Untuk foto dan video, ia dilengkapi cip khas yang dipanggil cip Vivo V2 bagi mencantikkan isyarat gambar daripada sensor-sensor kamera menggunakan algoritma.

Membekalkan tenaga kepada Vivo X90 adalah sistem bateri berkapasiti 4,870mAh. Di dalam kotak, Vivo membekalkan kepala pegecas 120W yang mampu mengecas telefon sehingga penuh dalam masa 29 minit sahaja ataupun daripada sifar ke 50% dalam masa 8 min 10 saat.

Spesifikasi Vivo X90

Daripada depan, telefon ini ada panel paparan 6.78” beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Kemudian, atas papan utama, ia dipacu SoC Dimensity 9200 bersama-sama kombinasi RAM dan storan 12GB dan 256GB.

Di bahagian pengimejan, kamera utamanya tidak mengguna pakai sensor IMX989 1”, tapi masih mampu mengambil gambar pada resolusi 50MP menggunakan sensor lain. Kamera telefoto dan ultralebar pada Vivo X90 mengunakan sensor beresolusi yang sama iaitu 12MP. Tugasan mengambil gambar swafoto diambil alih oleh kamera depan 32MP.

Menyalur tenaga kepada telefon adalah dari bateri berkapasiti 4810mAh, dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Walau bagaimanapun, Vivo X90 ini tiada kekalisan air IP68 seperti yang Vivo X90 Pro ada.

Tags: 11.11Promo 11.11vivo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Vivo X90 akan datang ke Malaysia dalam versi Dimensity sahaja?

Promo 11.11 Vivo: Jimat sehingga RM1,000 untuk Vivo X90, banyak hadiah menarik menanti

9 November 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

Realme P3 Ultra tiba di Malaysia dengan Dimensity 8350, diskaun RM300 untuk waktu terhad

16 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER