• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C53 kini dengan storan dua kali ganda dan RAM 8GB pada harga kekal murah

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:45 pm
  • 09/11/2023
  • Komen
Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme pada bulan Jun lalu telah melancarkan Realme C53, sebuah telefon kelas permulaan tampil dengan fungsi unik ‘Mini Capsule’. Ia asalnya diperkenal dalam satu varian, tapi hari ini Realme telah mengumumkan yang ianya kini hadir dalam pilihan konfigurasi RAM dan storan lebih besar.

Harga jualannya di Malaysia

Realme C53 terbaru ini tersedia dengan storan dua kali ganda lebih besar pada 256GB bersama RAM 8GB, dengan tambahan RM100 sahaja berbanding konfigurasi sebelum ini. Berikut adalah harga barisan Realme C53:



  • Realme C53 (RAM 6GB + storan 128GB) – RM599
  • Realme C53 (RAM 8GB + storan 256GB) – RM699

Realme C53 dengan konfigurasi lebih besar akan tersedia didapati orang ramai mulai 10 November 2023 di stor Realme Brand, pengedar sah Realme dan juga stor rasmi Realme di Shopee, Lazada dan TikTok.

Spesifikasi Realme C53

Selain RAM dan storan dua kali ganda lebih besar, spesifikasi Realme C53 yang dinaik taraf ini sama sahaja seperti model yang diperkenal sebelum ini. Atas papan utama, ia dikuasakan oleh cip Unisoc Tiger T612, dan RAM boleh diperluas secara dinamik 8GB menjumlahkan 16GB boleh digunakan. Slot microSD juga tersedia untuk membenarkan perluasan storan lagi 2TB.



Paparan Realme C53 menggunakan skrin 6.74-inci jenis LCD pada resolusi HD Penuh dengan kadar penyegaran 90Hz, serta ada kecerahan puncak 560 nits. Di skrinnya juga terdapat takuk ‘U’ dengan ciri ‘Mini Capsule’ membolehkan ia dibesarkan untuk paparkan info seperti status pengecasan, kiraan langkah dan penggunaan data.

Tenaga Realme C53 disalur oleh bateri berkapasiti 5,000mAh, yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W menerusi USB-C. Realme mengatakan pengecasan 31 minit memberikan 50% tenaga. Pengimbas cap jari terdapat di butang kuasa di sisi telefon.

Di belakang telefon, walaupun nampak seperti terdapat dua modul kamera padanya, hanya satu kamera yang berfungsi untuk menangkap gambar. Kamera utamanya menggunakan sensor 50MP f/1.8, manakala kamera hadapannya pula bersolusi 8MP.

Lain-lain ciri termasuk jek audio 3.5mm, speaker mono menembak kebawah dengan kelantangan 150%, serta pengimbas cap jari di butang kuasa. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi Android 13 yang diselaputi Realme UI T Edition. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu emas (Champion Gold) dan hitam (Midnight Black).

Bacaan berkaitan

  • Realme C51 ada ‘Dynamic Island’ dan 4 benda besar pada harga RM549 sahaja
  • Realme C53, satu lagi telefon dengan ciri seakan Dynamic Island akan tiba di Malaysia
  • Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?
Tags: RealmeRealme C53
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme C53 kini dengan storan dua kali ganda dan RAM 8GB pada harga kekal murah

9 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER