• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:54 pm
  • 26/09/2023
  • Komen
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?
Share on FacebookShare on Twitter

Realme pada bulan Jun lalu telah melancarkan Realme C53 yang tampil bersama ciri seakan “Dynamic Island” yang dipanggil “Mini Capsule”. Kini Realme sedang bersiap sedia untuk melancarkan sebuah lagi telefon pintar yang menerima ciri “Mini Capsule” dan lebih murah iaitu Realme C51.

Pelancaran Realme C51 di Malaysia telah ditetapkan akan berlangsung pada 27 September 2023. Realme mengatakan semua telefon dalam siri-C akan dilengkapi dengan ciri “Mini Capsule”. Untuk makluman anda, Realme adalah telefon ketiga yang mengadaptasi ciri Mini Capsule selepas Realme C55 dan Realme C53.



Panel belakang Realme C51 akan disarungkan dua jenis kemasan dengan bahagian atasnya terdiri daripada serbuk kaca berkilauan, dan bahagian bawah bertekstur matte. Keseluruhan badannya agak nipis dengan hanya berukuran 7.9mm.

Atas papan utama ia akan dikuasakan cip Unisoc T612, cip yang sama terdapat di Realme C53. Ia akan tersedia dalam storan 128GB dan RAM 4GB dengan kebolehan Dynamic RAM Expansion technology yang boleh memperluas lagi 4GB menjumlahkan 8GB RAM yang boleh digunakan.



Seperti yang dinyatakan awal tadi, telefon ini akan dimuatkan ciri “Mini Capsule” membolehkan ia menayangkan maklumat seperti penggunaan data, kiraan langkah dan peratusan bateri pada bahagian atas skrin. Untuk skrin, ia menggunakan panel LCD berukuran 6.74 inci dengan resolusi HD.

Bahagian baterinya akan dimuatkan tangki yang agak besar berkapasiti 5,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W melalui USB-C. Sistem kamera menggunakan kamera utama 50MP dan kamera depth untuk kesan bokeh, serta terdapat kamera selfie bersensor 5MP di bahagaian hadapan dengan rekaan takuk ‘U’.

Menjelang pelancarannya, Realme Malaysia masih belum mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan harga. Namun, mereka menyatakan harga Realme C51 akan ditetapkan pada sekitar RM500. Ini boleh dijangka kerana Realme C55 storan 128GB dilancarkan pada harga RM699 dan Realme C53 dengan storan 128GB pula berharga RM599. Jadi, harga Realme C51 pastinya akan lebih rendah dari itu.

Dengan itu, ini akan menjadikan Realme C51 telefon termurah dengan ciri seakan “Dynamic Island”. Buat pengetahuan anda, Realme C51 telahpun dikesan dalam pengkalan data SIRIM pada Julai lalu.

Bacaan berkaitan

  • Realme C51, telefon baharu dengan Unisoc T612 dikesan dalam SIRIM Malaysia
  • Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme C53, satu lagi telefon dengan ciri seakan Dynamic Island akan tiba di Malaysia
Tags: mini capsuleRealmerealme c51
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin

3 November 2023
SMTrack sanggah kaitan mereka dengan pelaksanaan RFID di Plaza Tol

Ini sebab kenapa ada TNG RFID luput 31 Januari 2024

27 November 2023
Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

Realme C51 akan dilancar, telefon RM500 dengan ciri terhebat iPhone 15?

26 September 2023
Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

25 November 2023
Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

Satu lagi syarikat penerbangan Malaysia hadapi masalah kewangan, operasi digantung

21 November 2023
Labur dalam ASB mudah dengan CIMB Clicks

Labur dalam ASB mudah dengan CIMB Clicks

10 Oktober 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER